Author: Hana Fiza
Artikel ini bukannya tentang drama Perempuan Paling Bahagia di Astro Oasis lakonan Zahiril Adzim sebagai Rafa; dan Shera Aiyob sebagai Arissa. Penulisan ini ialah perbincangan tentang anak dara, iaitu wanita belum berkahwin yang dikatakan bahawa golongan ini ialah perempuan paling bahagia. Nampak macam tak logik bukan? Nampak macam berat sebelah sungguh kenyataan ini. Pasti anda akan tertanya-tanya, apa kaitannya bahagia itu dengan status perkahwinan? Perempuan paling bahagia ialah anak dara Kajian sains yang anda boleh baca di laman Guardian dan Independent, mendapati bahawa wanita belum berkahwin ini ialah perempuan paling bahagia sekali. Kedengaran macam mengarut bukan? Bukan saya yang kata. Ini saintis yang…
Bukan mudah untuk mencari calon menantu lelaki yang baik untuk anak perempuan sendiri. Namun, tidak susah jika tahu caranya. Bakal bapa dan ibu mertua pun kena baca. Berdasarkan perkongsian dari Ustaz Badli Shah, ada tips untuk test bakal menantu, samada dia jenis orang yang solat atau tidak. Jika ada kesempatan, boleh tonton dan cuba ikut tips mudah seperti dalam video ini. Santai penyampaiannya. Jika tiada kesempatan, kami ringkaskan seperti di bawah. Calon menantu lelaki yang baik Dipendekkan cerita, ustaz kata, ajak bakal menantu lelaki itu datang waktu lewat petang. Ajak dia makan malam sekali. Beritahu mula makan jam 8 malam.…
Perasan tak, bila lelaki ada masalah dia akan diam secara tiba-tiba. Langsung tidak mahu bercakap. Tidak mahu berkongsi. Betul-betul lain dengan orang perempuan, yang mana bila ada masalah, perkara pertama yang dia akan buat ialah berkongsi. Misteri betul kenapa lelaki diam bila ada masalah, bukan? Bukan setakat diam. Bila lelaki lambat balas mesej, itu juga boleh jadi isu. Betul kan? Kenapa lelaki diam bila ada masalah? Mari kita rungkaikan sama-sama kenapa ini berlaku dari sudut psikologi. Lelaki diam sebab ego Benarkah begitu? Lelaki diam sebab ego? Mari kita lihat dari dua perspektif yang berbeza. Dari perspektif wanita Kenapa…
Tidak ada dalam mana-mana buku yang menunjukkan cara memikat hati lelaki, terutamanya lelaki Melayu. Bukanlah bermakna ia sukar. Cuma ilmu memikat hati lelaki ini perlukan sedikit kesabaran. Ingin kami tegaskan di sini, kami tidak akan berkongsi cara memikat hati lelaki yang sudah berpunya. Dan anda yang sedang membaca artikel ini, hentikanlah perbuatan yang tidak bermoral ini. Ini lebih kepada isteri yang mahu memikat hati suami, supaya dia terus lekat, sayang, suka dan terus selesa dengan isteri. Kecil-kecil, jangan bercinta Apa yang kami harapkan juga, jika anda pelajar sekolah, tips ini tidak berkenaan untuk anda. Tidak perlu baca dan fokus sahaja…
Soalan kenapa perempuan suka merajuk kuat cemburu ini sangat sukar untuk dijawab. Lebih-lebih lagi dari kacamata seorang lelaki. Apa pun, izinkan kami cuba rungkaikan dan berikan jawapan dari perspektif sendiri. Tanda perempuan kuat cemburu Kalau kau perempuan, kau kena mengaku perkara ini. Memang selalu, tiba-tiba dari mulut kau yang comel dan mungil itu, keluar suara petir; dan laju macam peluru. Ya, mungkin kau tak sengaja marah pasangan kau. Jangan risau, orang lelaki memang sudah maklum dan faham tentang perkara ini. Kalau kau lelaki, apa lagi kau boleh buat? Lawan? Lebih baik jangan. Kau tadah sahaja telinga. Mohon izin untuk kongsikan…
Anda ada berapa kumpulan WhatsApp? Mungkin ada yang menjawab 3 atau 10. Bahkan, mungkin juga lebih dari 20. Walau bagaimanapun, tak ramai tahu cara komunikasi berkesan dalam Whatsapp. Artikel berkaitan: Contoh tajuk pengucapan awamMacam-macam group Whatsapp Benar, ada Whatsapp group family, ada juga Whatsapp group pejabat. Ia semakin bertambah bila group dalam group, akan buat lagi group baru. Kehebatan masyarakat kita dalam penggunaan aplikasi WhatsApp terbukti dengan laporan statistik The Digital News Report 2017, yang merekodkan pengguna internet di Malaysia sebagai pengguna aplikasi WhatsApp tertinggi di dunia. Dalam perhubungan siber ini, tindakan ahli keluar (left) dari kumpulan WhatsApp memang biasa…
Jangan pelik bila perempuan cepat bosan dengan lelaki. Samada sudah berkahwin, iaitu bosan dengan suami; atau belum berkahwin, iaitu bosan dengan tunang atau pasangan; rasa cepat bosan itu akan tetap hadir. Persoalannya, apakah tanda lelaki bosan dengan kita, hingga menyebabkan perhubungan jadi hambar? Kami ada tulis sebelum ini. Klik untuk baca jawapan kenapa lelaki bosan dalam perhubungan. Tanda lelaki bosan dengan kita Gembira bila terkenang zaman dahulu, kita dapat lihat tanda lelaki suka kita. Kini, beberbeza pula. Kenapa agaknya? Adakah perempuan complicated sangat? Mari kita kupas. Lelaki itu tidak serius Macam main-main sahaja bila berkawan. Benarkah dia mahu jadi suami…
Mungkin ada yang sudah berkahwin, tetapi jodoh tidak lama. Bercerai antara suami dan isteri, dan bawa diri masing-masing. Malangnya kedua-duanya masih belum dapat melupakan momen indah yang dicipta bersama. Maka pada kali ini, izinkan kami berkongsi cara melupakan seseorang yang kita sayang dengan cepat. Dan dalam masa yang sama, memaafkan dengan mudah tanpa simpan apa-apa. Kalau belum berkahwin lagi? Menjalinkan hubungan cinta atau berkasih sayang merupakan satu keinginan bagi setiap individu yang bergelar insan. Tentu sekali mahukan ia berakhir di jinjang pelamin. Namun, akibat lelaki ego, semuanya berkubur. Tidak dinafikan ada juga orang perempuan yang ego, hingga akhirnya, berpisah itu ialah…
Bagi yang belum berkahwin, jemput baca ini untuk mengetahui ciri ciri suami yang baik. Bagi yang sudah berkahwin pula, jemput baca untuk betul-betul lihat, samada suami anda sekarang ini ialah suami yang baik. Apa pentingnya tahu ciri ciri suami yang baik? Masa belum kahwin, perangai sebenar belum terserlah. Bila dah kahwin, segala-galanya akan terbuka, buat isteri ternganga, macam tak percaya, begitu sekali perangai dia. Jadi, kalau selepas kahwin, si suami masih lagi ada sifat dan perangai macam ini, ternyata beruntung si isteri. Ya memang suami ada hak pada isteri, tapi bukan bermakna boleh buat apa-apa sahaja sesuka hati. Ciri ciri…
Pernahkah anda tertunggu-tunggu mesej daripada pasangan anda? Seharian menanti mesej di WhatsApp dan segala bagai sosial media tetapi masih tiada sebarang khabar. Mulalah tertanya-tanya, kenapa lelaki jarang contact? Dan kenapa lelaki jarang mesej di Whatsapp. Mula tertanya-tanya, adakah dia ada perempuan lain? Adakah bila lelaki diam, itu adalah antara tanda-tanda dia seorang lelaki ego? Masa sebelum kahwin dulu, bukan main laju dia reply mesej. Selepas berkahwin, haram satu patah perkataan pun susah untuk dia balas. Terasa seksa sungguh apabila anda tidak mampu berbuat apa-apa melainkan menunggu dengan sabar dan menerima hakikat yang kali terakhir si dia menghantar mesej kepada anda ialah…