Jangan pelik bila perempuan cepat bosan dengan lelaki. Samada sudah berkahwin, iaitu bosan dengan suami; atau belum berkahwin, iaitu bosan dengan tunang atau pasangan; rasa cepat bosan itu akan tetap hadir. Persoalannya, apakah tanda lelaki bosan dengan kita, hingga menyebabkan perhubungan jadi hambar?
Kami ada tulis sebelum ini. Klik untuk baca jawapan kenapa lelaki bosan dalam perhubungan.
Tanda lelaki bosan dengan kita
Gembira bila terkenang zaman dahulu, kita dapat lihat tanda lelaki suka kita. Kini, beberbeza pula.
Kenapa agaknya? Adakah perempuan complicated sangat? Mari kita kupas.
Lelaki itu tidak serius
Macam main-main sahaja bila berkawan. Benarkah dia mahu jadi suami aku suatu hari nanti?
Lelaki ada yang sikapnya begitu, tidak begitu serius. Tapi dalam bab-bab lain, dia sangat serius.
Cuma janganlah cepat bosan dengan lelaki yang serius bekerja, mencari duit lebih, untuk menghalalkan anda.
Rasa macam dipermainkan
Sama macam tidak serius, tapi ini lebih tinggi lagi. Sudahlah tidak serius, asyik memberi harapan palsu pada si perempuan.
Ingat, perempuan ini bila sudah sayang, dia akan sayang sampai bila-bila. Hatinya melekat dengan orang yang pandai ambil hati dia.
Bab perasaan, jangan main-main.
Hati rasa kosong
Apabila sudah rasa tawar hati, secara tak langsung, rasa bosan itu akan datang dengan sendiri. Bercakap dengan dia, macam tak ada apa-apa perasaan.
Perasaan gembira tidak. Benci pun tidak. Marah pun tidak. Rasa macam memandang dia dengan pandangan yang kosong.
Dulu perangai si lelaki lain, sekarang lain. Sudah tidak sama macam masa mula-mula dulu.
Jangan biarkan perasaan kosong ini lama-lama. Bahaya.
Bercakap tentang perkara yang sama
Apakah tanda lelaki bosan dengan kita? Ini jawapan seterusnya.
Apabila bercakap, asyik tentang benda yang sama. Macam sudah tak ada variasi. Balik-balik cakap tentang itu.
Cubalah kreatif sedikit dengan bercerita yang lain dari yang lain. Ceritakan pengalaman seharian di tempat kerja atau kisah zaman dulu yang dia belum tahu.
Jika sudah berkahwin, si suami akan bertanya tentang makan dan pakaian dia sahaja. Macam tak ada perkara lain yang dia boleh tanya.
Dia seorang yang terhegeh-hegeh
Sibuk si perempuan buat itu ini. Yang si lelaki asyik buat tak tahu.
Si perempuan itu punyalah caring dengan dia, sebaliknya si lelaki hanya buat acuh tak acuh.
Siapa yang tak terasa bila bertepuk sebelah tangan?
Selalu sangat bergaduh
Bergaduh tak semestinya boleh merapatkan hubungan. Sekali-sekala boleh tahan lagi, bila terlalu kerap, akan jadi lain.
Ada kalanya, tanda lelaki bosan dengan kita ialah bila selalu sangat bergaduh. Berbeza pendapat itu tak salah. Yang salah apabila mula meninggikan suara.
Lagi teruk bila tangan mula naik ke muka.
Ingat, marah tak sama dengan cemburu. Tanda lelaki cemburu tak sama dengan marah. Dua perkara yang berlainan.
Asal bertemu mata sahaja, tak ada perkara lain yang akan keluar; selain dari kata-kata dalam nada yang tinggi.
Lainlah kalau bergaduh manja.
Hanya untuk suami isteri.
Yang belum kahwin, jangan manja-manja pula.
Rasa tak dihargai
Hati perempuan akan rasa berbunga-bunga bila dia dihargai.
Sekadar ucapan terima kasih; hatta senyuman, sudah cukup membuatkan dia bahagia. Yang penting, ikhlas dan bukan buat-buat hargai dia.
Percayalah, tak susah untuk ambil hati orang perempuan. Tahu di mana suis kegembiraan dia, mudah sungguh hidup.
Lelaki paling kacak dan sempurna juga tidak terkecuali. Perempuan tetap akan rasa bosan juga.
Rasa penat, semuanya kena buat sendiri
Tanda lelaki bosan dengan kita ialah bila dia tidak peduli sangat dengan kita. Tak macam dulu-dulu masa bercinta.
Bila sudah berkahwin, tolong-tolonglah si isteri. Bila isteri kena buat semua, dia akan rasa terbeban. Rasa macam apa guna ada suami?.
Orang yang masih belum berkahwin, hati dia juga meronta-ronta rasa ingin dibantu. Walaupun tak beritahu apa yang patut dibantu, faham-fahamlah.
Cuma bab faham-fahamlah itu sudah dijangka. Lelaki ingat tak ada apa-apa, rupanya besar pada si perempuan.
Semuanya berlaku cukup pantas
Belum apa-apa, sudah mengikat tali persahabatan. Seterusnya ikat tali pertunangan dan ke jinjang pelamin. Macam semuanya terlalu pantas, dan ini menyebabkan tidak cukup kenal dengan pasangan.
Benar, boleh sahaja kenal apabila sudah berkahwin. Itu lebih sweet, katanya.
Apa-apa pun, ikut rezeki yang Allah beri pada kita. Kalau dapat yang baik, Alhamdulillah. Banyak-banyakkan berdoa.
Semuanya berlaku cukup perlahan
Tanda lelaki bosan dengan kita yang agak terbalik dengan kupasan di atas ialah apabila dia sengaja melambat-lambatkan untuk ke jinjang pelamin.
Bila ditanya, dikata belum bersedia. Tentu sekali, perempuan akan rasa dipermainkan.
Asyik menunggu saat tiba hari besar mereka, yang tak kunjung tiba.
Janganlah beri harapan kalau tidak mampu. Sedih, robek hati dia.
Lelaki itu sungguh tinggi egonya
Rasanya, ego lelaki itu tinggi sampai ke langit.
Si perempuan sudah turunkan ego dia, tapi si lelaki masih lagi mendabik dada.
Memanglah perempuan kena hormat lelaki, lebih-lebih lagi dalam rumahtangga.
Tapi itu bukanlah satu tiket untuk suami pijak kepala isteri.
Bukan juga tiket bagi pasangan untuk membuli dan buat tak tahu pada si perempuan.
Berhati perutlah.
Akhir kalam
Bukan mudah untuk menjawab persoalan kenapa lelaki bosan. Pokoknya bukan pada rasa cepat bosan itu. Menurut lovebondings.com, lelaki lari dari perempuan mungkin sebab sudah tidak adventure lagi.
Usah dilayankan perasaan itu sangat. Bosan sekalipun, apakah cara kita untuk menyelesaikan perkara ini?
Kenalah bercakap dari hati ke hati.
Semoga bermanfaat.
5 Comments
Cuba terbalikkan yang lelaki tu jadik perempuan dan perempuan jadik lelaki, ya, itulah situasi saya sekarang… Lelaki yang diberi harapan… Niat nak kahwin bagaikan pudar… Sebab si perempuan masih bercinta dengan teman lelakinya… Teman lelaki yang tidak boleh dikahwini…
Semua yg saya biat semua xkena. Bila ditanya tiada apa. Bila diajak bincang dari hati ke hati tidak pernah focus pada saya hanya pada telepon. Adakah dia dah bosan dengan saya?
Saya sudah berkahwin selama 14 tahun dah kini sudah pun bercerai..kini saya menemu kan org baru dalam hidup saya..saya rasa sungguh malang apabila berjumpa perangai yang sama buat kali kedua..suka menggunakan kekerasan..keliru dan buntu dibuat nya..atau memang benar saya yang bersalah…
CHONG siew Chu
831209055334
E21 kampung baru broga 71750
Negeri sembilan
rasa mcm ada ciri2 lelaki seperti yang di jelaskan,, ya allah,,, aq salah pilih ke..? kene sabar ya,,,