Perasan tak, bila lelaki ada masalah dia akan diam secara tiba-tiba. Langsung tidak mahu bercakap. Tidak mahu berkongsi. Betul-betul lain dengan orang perempuan, yang mana bila ada masalah, perkara pertama yang dia akan buat ialah berkongsi. Misteri betul kenapa lelaki diam bila ada masalah, bukan?
Bukan setakat diam. Bila lelaki lambat balas mesej, itu juga boleh jadi isu.
Betul kan?
Kenapa lelaki diam bila ada masalah?
Mari kita rungkaikan sama-sama kenapa ini berlaku dari sudut psikologi.
Lelaki diam sebab ego
Benarkah begitu? Lelaki diam sebab ego?
Mari kita lihat dari dua perspektif yang berbeza.
Dari perspektif wanita
Kenapa lelaki diam dari sudut pandang wanita adalah tidak sama dengan sudut pandang orang lelaki sendiri.
Lelaki yang lebih suka diam selalu disalah anggap oleh orang perempuan.
Pada orang perempuan, hanya ada satu sahaja jawapan kenapa lelaki diam.
Jawapannya ialah, lelaki diam sebab ego.
Mudah jawapannya. Namun terlalu judgemental bunyinya.
Memang sifat orang perempuan, dia rasa ingin tahu. Ingin bantu.
Masalahnya, orang laki tidak mahu dibantu.
Oleh sebab itu, dia selalu dicop sebagai lelaki ego.
Dari perspektif lelaki
Lelaki sebenarnya bukan ego.
Ada banyak jawapan yang kadang-kadang tak sama dengan pemikiran orang perempuan.
Antaranya ialah:
Kalau lawan cakap, bukan boleh menang
Kenapa lelaki memilih untuk diam bila mula berdebat?
Lelaki diam sebab kalau berdebat dengan orang perempuan, kerana ia memerlukan kesabaran yang tinggi. Bimbang suara akan naik nanti.
Kalau bercerita sekalipun, ia selalunya akan mengeruhkan lagi keadaan.
Orang perempuan selalu ingin menang.
Ada baiknya pendam.
Cuma kalau pendam, akan dicop lelaki ego pula.
Lelaki diam sebab cari penyelesaian
Lelaki diam sebab dia sedang mencari idea bagaimana untuk menyelesaikan masalah yang dihadapinya. Berbanding perempuan yang lebih emosi, lelaki akan menyelesaikan masalah melalui logik akal.
Jangan ganggu dia semasa dalam proses menyelesaikan masalah.
Lelaki perlukan ketenangan.
Diam kerana muhasabah diri
Lelaki diam mungkin kerana dia dalam proses muhasabah dirinya yang tertimpa dengan masalah yang tidak disangka-sangka.
Mungkin dia menyesal dengan apa yang telah dilakukannya.
Pendek kata, dalam proses berdamai dengan diri sendiri.
Lelaki diam sebab tak mahu susahkan orang lain
Niat hati seorang lelaki sangat ikhlas. Dia tak mahu menyusahkan sesiapa. Bukan bermakna dia lelaki ego.
Dia tidak mahu menyusahkan pasangan, yang akan buat diri dia lagi kacau bilau. Tahulah sifat perempuan. Bila si lelaki ada masalah, dia seboleh-bolehnya mahu bantu.
Cuma si lelaki ini mahukan ruang untuk berfikir sendiri. Dia mahu jadi hero pada diri sendiri, untuk menyelesaikan masalah sendiri.
Bukan dia tidak menghargai pertolongan dari si perempuan tadi. Sekadar mahu selesaikan sendiri tanpa menyusahkan sesiapa.
Kalau boleh, dia mahu selesaikan masalah itu sendiri. Dia perlukan ruang.
Lelaki diam kerana tak mahu sakitkan hati perempuan
Orang perempuan, fikirannya lain. Tak sama.
Dalam hati orang sudah mula berkata-kata dan bermonolog sendiri, “Si dia diam, memang cari pasal laaa. Itu pun lebih buat aku sakit hati”.
Betul kan?
Itu pandangan orang perempuan.
Jadi kenapa lelaki diam?
Bagi lelaki, adalah lebih baik mengambil pendekatan diam. Kalau buka mulut, takut si perempuan lebih rasa sakit hati.
Ada bagusnya pendekatan begini.
Cuma ia tetap tak akan selesaikan masalah yang timbul antara mereka berdua.
Akhir kalam
Diam itu sebenarnya lebih baik.
Bimbang jika berkongsi dengan orang yang tidak sepatutnya, perkara akan jadi lebih teruk. Lebih teruk lagi, akan dilabel sebagai lelaki ego.
Bukan lumrah dan sikap seorang lelaki untuk terus mewar-warkan masalah yang dihadapinya. Dia akan cuba selesaikan secara solo terlebih dahulu.
Namun, diam itu bukanlah jalan penyelesaiannya. Komunikasi antara pasangan itu penting. Sudah berumahtangga, buat apa berahsia?
Jadi, jika masih tertanya-tanya kenapa lelaki diam, anda mungkin ada sedikit penjelasan yang boleh diterima pakai.
Semoga kita semua, tak kira lelaki atau perempuan, dipermudahkan urusan, dijauhkan dari masalah dan termasuk dalam golongan orang yang bahagia.
Semoga bermanfaat.