Cara Buat Orang Rindu Kita: 10 Tips Berkesan

Ketahui 10 cara buat orang rindu kita. Tips untuk buat seseorang memikirkan dan merindui anda.

Cara Buat Orang Rindu Kita: 10 Tips Berkesan

Cara buat orang rindu kita ialah dengan memberi ruang dan tidak sentiasa available, tinggalkan kesan positif setiap kali bertemu, kekalkan sedikit misteri, ada kehidupan sendiri yang menarik, dan jadikan diri kita memorable melalui wangian atau kenangan khas. Rindu lahir bukan kerana kita sentiasa ada, tetapi kerana ada ruang untuk dirindui.

Bagi pasangan suami isteri pula, persoalannya selalu sama: bagaimana cara buat suami teringat dan merindui kita ketika berjauhan? Jawapannya bukan dengan mengejar atau memaksa, tetapi dengan menjadi seseorang yang layak dirindui secara semula jadi.

Adakah sebab lelaki ego, dia tak tunjukkan rasa rindunya?

Pakar perkahwinan, Debra Macleod yang menulis untuk HuffingtonPost berkata, hubungan kelamin bukanlah punca utama suami menjauhkan diri. Ada sebab-sebab lain yang isteri perlu tahu, yang boleh membuatkan suami lebih rindu pada isteri.

Izinkan kami berkongsi, semoga dapat membuatkan suami anda merindui anda bila berjauhan.

Mana tahu bila berjauhan, si suami akan telefon mahupun menghantar pesanan mengatakan betapa dia rindukan anda, haaa…pasti berbunga-bunga hati itu bukan?

Psikologi di sebalik rasa rindu

Sebelum kita masuk ke petua praktikal, eloklah faham dahulu kenapa cara-cara ini berkesan. Rindu bukan magis, ia ada asas psikologi yang jelas.

Prinsip kelangkaan (scarcity principle). Otak manusia lebih menghargai sesuatu yang tidak sentiasa ada. Bila kita beri ruang dan tidak selalu available, kita memberi peluang kepada pasangan untuk merasai kehilangan. Ruang yang ada inilah yang dipenuhi oleh rasa rindu.

Kaitan positif (positive association). Setiap kali dia rasa gembira, tenang atau dihargai bila bersama kita, otaknya mengaitkan kita dengan perasaan baik itu. Lama-kelamaan, sekadar teringat kita sudah cukup untuk mencetus perasaan selesa yang sama. Sebab itu penting meninggalkan kesan positif setiap kali bertemu.

Memori bau (olfactory memory). Deria bau berhubung terus dengan bahagian otak yang menyimpan ingatan dan emosi. Wangian yang konsisten boleh menjadi pencetus ingatan paling kuat, lebih kuat daripada gambar atau suara. Inilah sebabnya bau familiar boleh tiba-tiba membawa kita kembali kepada seseorang.

Pelaburan emosi (emotional investment). Bila seseorang melabur masa, perhatian dan perasaan dalam hubungan, dia secara semula jadi lebih menghargai apa yang dia laburkan. Momen bermakna yang dikongsi bersama menjadi sebahagian daripada pelaburan itu.

Cara buat orang rindu kita (prinsip asas)

Petua di bawah berfungsi untuk sesiapa sahaja, bukan setakat pasangan kahwin. Inilah asas yang menjadikan diri kita layak dirindui.

Beri ruang, jangan sentiasa available

Antara silap paling besar ialah terlalu mudah dicapai. Bila kita balas setiap mesej dalam saat, sentiasa free dan tidak pernah hilang, tiada ruang langsung untuk dia merindui. Beri sedikit jarak yang sihat. Bukan menghilang, tetapi tidak menggantung diri pada telefon. Kalau dia rasa kita ada hidup sendiri yang sibuk dan bermakna, nilai kita naik dengan sendiri. Inilah juga sebab lelaki kadang jarang contact tidak selalunya bermakna dia tidak rindu.

Kekalkan sedikit misteri

Tidak perlu dedahkan segala-galanya tentang diri sekali gus. Bila masih ada perkara untuk diterokai tentang kita, rasa ingin tahu kekal hidup. Misteri di sini bukan menipu atau menyembunyikan benda penting, tetapi membiarkan dia menemui lapisan demi lapisan tentang diri kita dari masa ke masa.

Ada kehidupan sendiri yang menarik

Orang tertarik kepada mereka yang mempunyai dunia sendiri yang penuh, ada hobi, kawan, matlamat dan kesibukan yang bermakna. Kemandirian ini bukan sahaja menjadikan kita lebih menarik, tetapi juga memberi kita harga diri. Bila kita tidak bergantung sepenuhnya pada perhatian dia untuk rasa bahagia, dia akan lebih menghargai masa yang ada bersama kita.

Tinggalkan kesan positif setiap kali bertemu

Cuba akhiri setiap pertemuan atau perbualan pada nota yang baik (end on a high note). Otak manusia paling ingat permulaan dan pengakhiran sesuatu pengalaman. Kalau setiap kali berpisah dia bawa pulang perasaan gembira, itulah yang akan dia rindui.

Wangian khas yang memorable

Pilih satu wangian yang konsisten dan jadikan ia “tanda tangan” kita. Bila pasangan terhidu bau yang sama di tempat lain, ingatan tentang kita akan datang dengan sendiri. Bagi suami isteri, kenakan wangian yang digemari pasangan ketika di rumah, kesannya berkekalan walaupun ketika berjauhan.

Tinggalkan barang peribadi sebagai pemicu ingatan

Sehelai tudung, baju atau barang kecil yang ada bau dan sentuhan kita boleh menjadi peringatan fizikal. Setiap kali dia ternampak atau terhidu barang itu, dia akan teringat kita. Cara halus ini berkesan kerana ia menjadi pencetus ingatan tanpa kita perlu hadir.

Cipta momen dan kenangan bermakna bersama

Pengalaman yang dikongsi bersama meninggalkan kesan jauh lebih lama daripada hadiah biasa. Satu perjalanan, satu makan malam istimewa, atau satu gurauan dalaman yang hanya kamu berdua faham. Kenangan inilah yang akan terngiang-ngiang bila berjauhan.

Hantar mesej atau gambar pada waktu yang tepat

Bukan kuantiti yang penting, tetapi ketepatan masa. Satu mesej manis atau gambar pada waktu yang sesuai jauh lebih berkesan daripada membombardir dia sepanjang hari. Kualiti mengatasi kuantiti. Sila baca lebih lanjut tanda lelaki rindu dalam diam supaya anda tahu bila masa terbaik untuk menghantar.

Buat dia rasa special dan dihargai

Bila seseorang rasa dirinya dilihat, difahami dan dihargai, dia akan sukar melupakan kita. Beri perhatian penuh ketika bersama, ingat perkara kecil yang dia sebut, dan tunjukkan bahawa dia penting. Perasaan dihargai inilah yang dia akan rindui paling banyak.

Apa yang perlu dielakkan

Jangan over-contact atau terlalu mengejar. Mesej bertalu-talu, telefon berkali-kali, dan menggantung seluruh emosi pada respons dia hanya akan menjadikan kita nampak terdesak (clingy). Ironinya, makin kita mengejar, makin hilang ruang untuk dia merindui. Beri ruang, percaya pada proses, dan jaga maruah diri.

Cara buat suami rindu pada isteri (perspektif rumah tangga)

Dalam Islam, rindu antara suami isteri ialah satu nikmat yang menyemai kasih sayang dalam rumah tangga. Rindu yang halal ini bukan permainan perasaan, tetapi sebahagian daripada usaha mengeratkan ikatan. Petua di bawah membantu isteri menjadi seseorang yang dirindui, dengan niat menjaga keharmonian, bukan memanipulasi. Anda juga boleh rujuk panduan khas cara buat suami rindu untuk pendekatan yang lebih mendalam.

Cara buat orang lelaki rindu kita

Berikut adalah beberapa petua, kaedah atau cara buat lelaki rindu yang anda boleh cuba:

1. Buat lelaki sayang dengan layanan

Tidak dinafikan bagi wanita yang bekerja, mungkin sukar untuk memberi layanan yang mesra saat suami tiba di rumah selepas bekerja.

Malahan sebenarnya, wanita yang menjadi suri rumah juga adakalanya kelam kabut dalam menguruskan anak.

Namun, cuba untuk luangkan sekurang-kurangnya 10 hingga 15 minit untuk menyambut kepulangan suami sebelum menyambung melakukan tugasan rumah anda.

Berikan layanan mesra dan senyuman, sudah tentu perbuatan ini akan dapat membuatkan hati lelaki sejuk melihat anda.

 

2. Sentiasa kemas di hadapan suami

Seperti yang dinyatakan tadi, wanita yang bekerja atau suri rumah akan berasa penat. Namun tidak ada salahnya untuk anda bersiap, sekurang-kurangnya mandi dan berpakaikan kemas selain baju kelawar, ketika menyambut kepulangan lelaki yang anda cintai.

Lagi bagus kalau dikenakan sedikit wangian yang digemari pasangan anda. Ini sudah tentu dapat membuatkan lelaki merindui anda ketika berjauhan.

Kalau anda rajin, oleskan sedikit lipstik untuk menampak anda lebih berseri.

 

3. Cara buat lelaki cair, buatkan dia air

Nampak remeh bukan?

Tapi tidak bagi orang-orang lama.

Orang dulu-dulu, akan tanya suami mahu minum apa. Isteri akan tuangkan dan letakkan di sebelah suami.

Lelaki juga inginkan diri dimanja. Rasanya sebagai pasangan, anda pasti mengetahui mengenai makanan mahupun minuman kegemaran lelaki kesayangan anda, bukan? Jadi setiba kepulangan suami, sediakanlah air kegemaran mereka.

Kalau anda tidak pasti, anda boleh tanya sama ada mereka inginkan air sejuk atau air panas. Kalau rajin, hidangkan bersama kuih sama ada disediakan oleh anda, atau anda boleh beli sahaja di kedai.

 

3. Cara buat lelaki happy, berbual manja & mesra dengan dia

Ketika berbual dengan lelaki, mungkin ia adalah sangat yang sesuai untuk anda bermanja dan mendapatkan perhatian mereka. Sesekali ketika berbual, mungkin anda boleh sandarkan  kepala anda ke dada mereka.

Rahsianya, meletakkan kepala ke dada merupakan satu perbuatan yang disukai oleh lelaki. Ini membuatkan mereka berasa seperti lelaki sebenar yang dapat memberikan perlindungan kepada insan yang dicintai mereka.

Kalau anda ingin membuatkan lelaki rindu kepada anda, rajin-rajinlah untuk menyandarkan kepala ke dada mereka.

Namun, pastikan terlebih dahulu lelaki kesayangan anda berada dalam mood yang baik.

 

4. Cara buat lelaki makin sayang, beri belaian manja

Seperti wanita, lelaki juga ingin dibelai manja. Apabila dalam kenderaan dan lelaki sedang memandu, mungkin anda boleh memberikan belaian mesra kepadanya.

Usaplah tangan atau paha, belailah pipi mahupun rambut.

Kalau nampak si dia keletihan, picitlah dengan lembut bahu mahupun lehernya.

Anda mungkin berasakan perbuatan ini tidak mungkin akan membuatkan lelaki merindui anda, tetapi apabila si dia sudah terbiasa dengan belaian anda, sudah pasti dia akan merindui belaian manja dari anda apabila berjauhan.

Lebih-lebih lagi apabila si dia memandu sendirian, sudah tentu si dia akan merindui anda. Lagipun tidak ada ruginya untuk mencuba.

 

5. Cara buat lelaki rindu, dengar luahan dia

Walaupun hakikatnya lelaki jarang mahu berkongsi masalah dengan sesiapa, tetapi ada masanya kita semua memerlukan seseorang untuk sudi mendengar luahan dan masalah.

Sekiranya, suami anda inginkan ruang untuk berbicara, maka berikanlah sepenuh perhatian kepadanya.

Anda mungkin tidak perlu untuk memberikan sebarang pandangan mahupun komen, kerana adakalanya, lelaki hanya ingin meluahkan bebanan yang ditanggung.

Jadi selagi mereka tidak bertanyakan pandangan anda, pinjamkan sahaja telinga anda.

Lelaki pastinya akan berasa disayangi apabila anda tampak tidak jemu dan memberikan perhatian kepadanya. Sudah tentu, ini akan membuatkan si dia merindui anda, apabila berjauhan, bukan?

 

6. Selalu hantar mesej

Bila kita sayangkan seseorang, sudah pasti hati dan fikiran akan selalu memikirkan tentang si dia, apatah lagi jika berjauhan.

Jadi mungkin anda boleh menghantar mesej kepada lelaki yang anda sayangi. Tanyakan keadaannya, ingatkan si dia untuk makan, atau mungkin sekadar bertanya tentang harinya.

Tiada salahnya kalau anda menyatakan bahawa anda merindui si dia, sudah tentu ia akan membuatkan si dia rasa disayangi.

Malah peratusan yang tinggi bahawa si dia juga akan mengakui bahawa anda juga sedang dirindui.

Jika masa bercinta dahulu, boleh bermesej sehingga lewat tengah malam, kenapa tidak ketika sudah menjadi yang halal, anda meneruskan lagi untuk bermesej si dia.

Ikatan perkahwinan bukan untuk menghenti kasih sayang yang terjalin dahulu ketika bercinta, tetapi untuk menguatkan lagi rasa cinta, jadi mulakan untuk menghantar mesej kepada si dia.

 

7. Tunjukkan yang kita juga rindu dia

Apa yang membuatkan kita merindui seseorang?

Sudah tentu rasa rindu itu hadir kesan daripada cara seseorang menzahirkan rasa sayang kepada kita, bukan?

Jadi sebagai isteri, jangan malu untuk pamerkan rasa cinta dan kasih kepada pasangan anda melalui perbuatan.

Pimpinlah tangan si dia ketika berjalan, suapkanlah makanan kepadanya atau lapkan mulutnya sewaktu makan.

Atau anda boleh membuat kejutan seperti membuat pesanan makanan secara kejutan ke tempat kerja suami. Sudah tentu ia boleh membuatkan suami berasa bangga memiliki isteri yang prihatin seperti anda.

Pastinya, apabila sering dimanjakan dengan perbuatan sebegini, rasa rindu juga akan hadir apabila berjauhan.

 

8. Jaga suami elok-elok

Menjaga merupakan satu perspektif yang luas, anda boleh menjaga dengan mengambil berat aspek penampilan suami, segera menyahut panggilan daripada lelaki kesayangan anda dan berhiaslah untuk suami.

Ini merupakan antara cara untuk membuatkan lelaki rindukan anda.

Sebelum tidur malam, anda mungkin boleh membelai dan memberikan ciuman pada dahinya serta lafazkan betapa anda bersyukur memiliki si dia sebagai lelaki yang bergelar suami.

Ia sudah pasti membuatkan si dia lebih menyayangi anda.

 

Rindu yang halal, tanpa manipulasi

Penting untuk faham bahawa semua cara ini bukan helah untuk mempermainkan perasaan. Tujuannya menjadi seseorang yang layak dirindui secara semula jadi, bukan memaksa rasa rindu. Dengan sikap qana’ah (rasa cukup) dan tawakal, kita berusaha menjadi pasangan yang baik, lalu serahkan hasilnya kepada Allah. Bila niat kita menyemai kasih sayang dan menjaga rumah tangga, rindu yang lahir adalah rindu yang berkat, bukan permainan emosi.

Akhir kalam

Tidak dinafikan lelaki suka dilayan dan dimanja. Berikan keutamaan anda kepada si dia. Anda pasti bersetuju, tidak susah untuk cuba cara buat orang rindu kita. Ada suis-suis tertentu yang perlu ditekan. Kalau tidak pandai main suis, sampai ke sudah kita tak akan nampak tanda lelaki rindu.

Perkara yang mungkin anda rasakan remeh sebenarnya memberikan kesan kepada hati dan perasaan si dia terhadap anda.

Moga dengan perkongsian artikel ini akan dapat membuatkan si dia lebih merindui anda apabila berjauhan.

Buat suami pula, bila isteri sudah buat macam-macam, kenalah belajar cara pujuk perempuan merajuk. Jangan hanya pentingkan diri sendiri sahaja.

Semoga bermanfaat.

Soalan Lazim (FAQ)

1 Berapa lama perlu beri space untuk dia rindu?

Bergantung pada hubungan. Untuk hubungan baru, beberapa hari sudah cukup. Yang penting tidak terlalu available tetapi juga tidak hilang sepenuhnya.

2 Adakah ini bermakna kena main games?

Bukan games, tetapi menjaga keseimbangan. Orang yang terlalu clingy kurang diminati. Mempunyai kehidupan sendiri secara genuine lebih baik daripada buat-buat busy.

3 Kenapa orang yang kita rindu tak rindu kita balik?

Selalunya kerana kita terlalu mudah dicapai sehingga dia tidak rasa ruang untuk merindui. Bila kita sentiasa ada, otak tidak sempat 'terlepas' untuk rasa kehilangan.

4 Bolehkah wangian buat seseorang teringat kita?

Boleh. Bau berkait terus dengan bahagian otak yang mengawal ingatan dan emosi, jadi wangian khas yang konsisten boleh jadi pencetus ingatan setiap kali dia menghidunya semula.

5 Macam mana nak buat suami rindu pada isteri?

Tinggalkan kesan positif setiap kali bersama, jaga penampilan dan wangian, beri ruang sihat ketika berjauhan, dan zahirkan kasih sayang secara ikhlas tanpa berkira.