Memahami perangai dan pemikiran perempuan merajuk bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilakukan. Perlu banyak beristighfar dan mengucap banyak-banyak dengan perangainya yang tak dijangka. Harus diingat, cara pujuk perempuan merajuk bukan boleh main suka-suka. Perlu ada seninya.
Tanda perempuan merajuk
Sebelum pergi ke cara-cara pujuk perempuan merajuk, mari kita lihat tanda perempuan merajuk terlebih dahulu.
Perempuan merajuk akan diam seribu bahasa
Sifat orang perempuan, mulutnya tak akan berhenti bercakap. Selagi apa yang dalam otaknya tidak dikeluarkan lagi, selagi itulah dia akan bercakap. Itu adalah satu ketenangan baginya.
Hati-hati kalau seorang perempuan itu diam, tidak bercakap langsung.
Senyuman fake
Kalau dia bercakap sekalipun, mimik muka dia akan menunjukkan senyuman yang cukup palsu. Palsu sepalsu palsunya.
Bukan orang lelaki tak faham dia sedang merajuk.
Tahu.
Cuma kadang malas nak pujuk.
Marah tak tentu fasal
Biasalah, bila merajuk, perempuan ini akan marah orang lain di sekeliling dia.
Sebenarnya, marah dia itu untuk si lelaki itu.
Lega katanya.
Lepas buat, menyesal.
Cara pujuk perempuan merajuk
Kalau perempuan merajuk, boleh cuba cara pujuk perempuan merajuk yang di bawah ini.
Cuma kalau dia sudah tawar hati, kena cuba lebih lagi.
Nak pujuk perempuan merajuk, peluk
Hanya suami boleh buat ini pada isteri. Yang belum kahwin, jangan cuba-cuba. Halalkan dulu baru boleh peluk.
Virginia dari Independent.co.uk berkongsi, dia rasa terharu dan rasa dihargai bila tiba-tiba suami datang peluk dia. Dalam masa yang sama, suami suap apa yang dia makan pada dia juga.
Nampak tak?
Rasa macam perkara yang sungguh kecil.
Tapi amat besar ertinya pada seorang perempuan.
Perempuan suka kena puji
Kadangkala bila pasangan mula bermasam muka, mungkin ada terdetik di hati anda “Dia ni asyik merajuk jee”. Namun, jangan begitu; tepis dan elakkan perasaan negatif sebegitu.
Jangan disebabkan perkara kecil seperti rajukan si dia membuatkan anda terlupa segala kebaikan yang dimilikinya.
Sebaliknya, pujuklah pasangan anda dengan cara memberi pujian tentang apa jua yang anda suka padanya. Ingatlah kembali kenapa anda suka pada pasangan di awal perkenalan dahulu.
Berikan pujian seperti pandai memasak, mempunyai senyuman manis atau apa-apa sahaja yang ikhlas dari hati anda, dan percayalah si dia pasti akan tersenyum ceria.
Perempuan merajuk mahu dihargai
Perempuan ini mahu orang ambil berat tentang dia.
Tunjuk empati anda dan cuba selami perasaan pasangan anda, dengan cara bertanyakan apa yang menyebabkan dia berperasaan sebegitu.
Bercakap dan berbincanglah dalam nada lembut agar tidak mewujudkan pergaduhan baru pula. Jika anda ada sebarang teguran, simpan dahulu apa yang ingin dilontarkan.
Buang terus perasaan untuk menang.
Mengalah tidak bermaksud kalah. Tenang dan dengarlah apa yang si dia mahu luahkan dengan setia.
Perempuan suka kejutan
Apa kata sekali-sekala buatlah surprise kepada orang yang tersayang.
Bawalah si dia ke tempat istimewa, lakukan aktiviti yang disukainya atau apa-apa sahaja bentuk kejutan yang boleh menggembirakannya.
Mungkin pada mulanya, si dia akan menolak atau masih bermasam muka dek kerana ego yang menggunung. Ada kalanya, lelaki juga ego tak bertempat.
Namun, percayalah rajuk pasangan anda akan sedikit demi sedikit berkurangan apabila anda menunjukkan kesungguhan untuk menambat hatinya.
Perempuan suka makan sedap-sedap
Kalau sudah berkahwin, janganlah asyik makan di rumah sahaja.
Bawalah dia makan di luar sekali-sekala.
Perempuan juga mahukan kelainan, tidaklah terlalu stereotaip.
Jika dia selalu masak di rumah, hargai dia dengan beri kerehatan untuk makan di luar.
Perempuan merajuk akan terubat dengan lelaki kelakar
Anda pasti mengetahui apa yang mampu membuatkan pasangan tertawa kan?
Jadi apa kata, ketika pasangan diam seribu bahasa dan mula menarik muka masam, cuba anda buatkan si dia tertawa dengan gurauan dan usikan manja.
Mana tahu, gurau senda anda mampu menceriakan suasana dan membuatkan si dia tersenyum?
Ayat pujuk perempuan merajuk
Takkanlah ini pun kami mahu beri.
Anda sebagai seorang suami, pasti tahu apa ayat yang boleh mencairkan isteri.
Ingat kembali saat-saat indah bersama dulu.
Jika ada simpan conversation Whatsapp yang lama dulu, yang buat dia tertawa bersama, kongsikan semula dengan dia.
Tidak perlu ayat yang bombastic sangat yang tidak sampai ke hati.
Tidak perlu selindung-selindung. Direct sahaja.
Hadiah untuk perempuan merajuk
Sebenarnya, tidak susah untuk pujuk hati perempuan yang merajuk. Tidak perlu yang mahal-mahal.
Pertama sekali, mohon maaf jika kata-kata kita ada melukakan hati dia.
Selepas itu, seperti yang dinyatakan di atas, ajak dia makan.
Belanja di tempat-tempat yang lain sedikit dari gerai tepi jalan. Yang mahal sedikit dan sedap-sedap.
Cubalah laburkan sedikit wang untuk ajak makan Nandos, Sushi King, Kenny Rogers, Manhattan Fish Market dan yang seangkatan dengannya. Yang agak romantik suasananya.
Selepas makan, belikan pula dia segelas Mocha Frappucino dari Starbucks pula. Jika bajet, belikan Tealive Brown Sugar.
Untung-untung, akan jadi lebar senyuman dia.
Akhir kalam
Jemput cuba cara pujuk perempuan yang kami kongsikan ini.
Walau bagaimanapun, rajuk perempuan tidak sama antara satu sama lain.
Apa yang lebih penting, buatlah apa sahaja yang boleh buat si perempuan kembali ceria seperti sediakala.
Jangan biarkan dia terus tawar hati dan menangis kerana lelaki.
Dua-dua ceria, hidup pun lebih tenang.
Jemput juga baca kenapa lelaki merajuk, dan apa cara mahu pujuk dia.
Semoga bermanfaat.
15 Comments
macam mana pulak nak pujuk atau ambik hati prmpuan yg tawar hati?
Salam …. prmpuan sya mcm tawar hati dgn sya … apa yg harus sya buat
Cari lain n jgn buang masa, jadi lelaki sejati mst ade prinsip hidup… kalau ko xsalah xperlu minx maap… kalau ko salah wajib mohon maaf takut kn kifarah
Doa la pada tuhan dan berharap la hnya padanya sesungguhnya dia pemilik hati manusia
Tiberrr
Cewek ku merajuk dan dia ckp yg aku ad perempuan lain pedahal aku tiada perempuan selain dia
yg buat ni mesti perempuan…sbb ayat dia mcm lebih kan belah perempuan…
contoh.
Mungkin pada mulanya, si dia akan menolak atau masih bermasam muka dek kerana ego yang menggunung.
lepas tu bntai blik lelaki pon ego x bertempat….bhahahaha…
Kenape nak kene kopi jugak eh, sturbucks pulak tu. air lain tak boleh kee HAHAHAHAHA
sometimes perempuan ni kan dia just nak kita temn dia borak je just like mine duk membebel dri awal call sampai lah dia tido bru senyap kalau tak mmg tak diam mulut nya perempuan ni dia suka bercerita kita ni plak lelaki kalau rasa tak de mood at least kita kena lah dengar apa yg dia nak cerita maybe lpas crita punya cerita nnti slow ii mood kita kembali normal series aq ckp kadang sembang or bual kosong dngn partner ni best jgak sbb yelah dalam masa yg sama kita dapat erat kan lg apa yg dah renggang kita just kena bahagi kan masa je tuk layan dia tht’s it it’s now easy and it’s not hard
Iris madihah 🤍
Ini semua poyooo je… Lelaki kalau ego tu mmg faham lah mmg jenis lelaki mmg ada ego… jarang jumpa lelaki yg nak turun kan ego… kalau ada tu syukurlah… perempuan berego tinggi xbertempat??? Pada kaum lelaki hati2 lah…3perkara yg akan membinasakan anda jika anda menyalah gunakan nya adalah wanita,tahta dan harta
Mcm mana ye klau partner sya dia tiba2 mrh kat sya..xde hujan xde ribut tiba2 kna mrh….mmg marah betul…sambil ckp x suka di call sampai guns aku….blh beri nasihat mcm mane nk cairkan hati dia
kenapa si wanita buat salah tetapi c lelaki yang tanggung semuannya,rasa macam semua salah lelaki kenapa wanita merajuk fikir diri sendiri padahal si lelaki hanya mampu pendam,sabar,ikhlas dan meminta maaf,mahu juga tak ambil peduli tetapi sayang relatationship.btw para wanita merajuk itu boleh tapi jangan lama” kesian si lelaki.
terima kasih the rohani,berbagi ilmu terbukti berkesan.
Okay baru saya faham.. terima kasih atas info yang awk berikan