Author: Hana Fiza

Orang lalaki jarang buat muka. Tapi sekali lelaki merajuk, memang dia akan tarik muka betul-betul. Bagi orang perempuan, lebih-lebih lagi si isteri, ini sangat membimbangkan. Jadi, ini adalah beberapa tanda lelaki tawar hati dengan pasangan masing-masing. Izinkan kami berkongsi. Tanda lelaki tawar hati 1. Kita duduk sebelah, dia layan telefon Masa dia kebanyakannya hanya untuk telefon. Walaupun kita berada di depan mata dia, dia buat-buat tak nampak dan tak perasan. Lebih layan benda tak hidup dari benda hidup yang mempunyai perasaan. Tak salah main telefon. Cuma janganlah terlalu lama scroll Instagram, Facebook, Twitter dan TikTok. Lagi teruk, main Mobile Legend…

Read More

Perempuan ini memang ada banyak sangat mood. Sekejap dia ok, sekejap dia tak ok. Kadang-kadang lelaki pun sampai tak boleh nak faham apa yang perempuan nak sebenarnya. Jadi, kali ini kami akan menjelaskan kepada anda antara sebab-sebab kenapa perempuan nak attention. Mari ikuti perkongsian kami. Kenapa perempuan nak attention Berikut merupakan 5 sebab kenapa perempuan nak attention. 1. Perempuan dah memang manja, jadi faham-faham sahajalah Bukan setakat dikenali dengan sifat lemah lembut. Tetapi, perempuan juga ada sifat manja. Sekasar-kasar mana pun seorang perempuan itu, pasti akan terselit juga sifat manjanya. Perempuan kalau mahukan perhatian dari lelaki, memang dia automatik akan…

Read More

Untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan bagi pasangan suami isteri yang sudah lama berkahwin, bukanlah sesuatu yang mudah. Selalunya, perkahwinan adalah suatu pengalaman yang amat menggembirakan bagi semua orang yang baru sahaja mendirikan rumah tangga. Ini kerana, semua pasangan bercinta menginginkan pengakhiran yang bahagia bersama insan tersayang. Walau bagaimanapun, hubungan yang bahagia tidak akan terjalin tanpa kerjasama daripada kedua belah pihak. Baik suami atau isteri, baru atau sudah lama berkahwin, haruslah sentiasa memberi dan menerima dalam setiap perkara untuk memastikan kebahagiaan yang berpanjangan. Cara mengeratkan hubungan kekeluargaan Ini adalah 5 tips untuk mengeratkan hubungan kekeluargaan, terutamanya di antara suami isteri. 1. Buat…

Read More

Logiklah bila perempuan merajuk dengan lelaki. Kalau lelaki merajuk dengan lelaki, lain bunyinya. Cuma masalahnya, kenapa lelaki merajuk? Atau lebih tepat lagi dalam konteks untuk yang sudah berumahtangga, kenapa suami merajuk dengan isteri? Apakah punca dan sebab yang membuatkan seseorang lelaki itu merajuk? Apakah ada tanda-tanda merajuk yang orang perempuan boleh nampak? Dalam rumahtangga, seorang isteri akan rasa tak senang duduk bila suami merajuk. Lelaki merajuk berapa lama? Orang lelaki, tidak dapat dijangkan berapa lama dia akan terus merajuk. Seorang suami yang terasa hati, akan berdiam diri. Ada yang cepat move-on dan boleh berbaik-baik semula dalam masa 2-3 hari. Ada…

Read More

Hari yang indah dan cuaca yang baik, tetapi kenapa perempuan senyap secara tiba-tiba? Kaum perempuan memang terkenal dengan sifat yang ceria dan lebih banyak bercakap daripada kaum lelaki. Tetapi, ada masanya perempuan akan menjadi senyap tanpa sepatah kata seolah-olah ada emas dalam mulut. Mesti ramai orang terutamanya kaum lelaki yang bergelar suami jadi penasaran dengan situasi perempuan yang tiba-tiba menjadi senyap daripada biasa. Jadi, pada artikel kali ini kami akan mengungkapkan kepada anda sebab-sebab ia boleh berlaku supaya anda tahu dan lebih peka akan keadaan itu. Izinkan kami berkongsi. 5 sebab kenapa perempuan senyap Jika anda buntu apa sebab perempuan…

Read More

Mesti anda sudah biasa dengar soalan yang berbunyi seperti ini, “Kenapa perempuan selalu menang?”. Ayat ini selalunya sangat familiar dalam kalangan lelaki, lebih-lebih lagi suami. Tetapi, hal ini sudah tidak hairan lagi kerana perempuan selalu nak menang walau dalam apa jua situasi yang dihadapinya. Sebenarnya, sikap perempuan yang selalu nak menang ini ada masanya buat lelaki jadi letih dan tidak faham puncanya. Ada jenis perempuan pula yang suka cakap berkias atau pakai bahasa isyarat sahaja. Kalau lelaki itu sejenis yang susah untuk faham apa yang perempuan itu nak sebenarnya, maka bermulalah Perang Dunia Ketiga. Jadi lelaki, kalau nak tahu kenapa perempuan…

Read More

Walaupun anda bukan seorang isteri yang romantik, tak bermakna anda tak boleh berbuat sesuatu untuk menarik minat suami. Bila berdua, ada banyak peluang untuk menzahirkan dan menunjukkan rasa cinta terhadap suami. Sebenarnya, cara memikat hati suami tidaklah sesukar mana. Yang paling utama, jangan takut untuk memulakan langkah pertama memikat hati si dia. Yakin dan beranikan diri untuk membawa perubahan dalam rumah tangga anda. Semestinya ia merupakan satu perkara yang menarik dan mampu memeriahkan lagi hubungan anda dengan sang suami. Izinkan kami berkongsi. Cara memikat hati suami Mari ikuti beberapa tips untuk memikat hati pasangan yang paling disayangi iaitu suami. 1.…

Read More

Dalam setiap hubungan perkahwinan, sudah pasti kedua pasangan, sama ada suami mahupun isteri mahukan sebuah perhubungan yang disulami kebahagiaan dan berkekalan sehingga ke akhir hayat, bukan? Persoalannya, bagi orang perempuan yang selalu rasa tidak disayangi, bagaimana cara buat orang lelaki rindu atau yang paling utama, suami teringat pada kita? Adakah sebab lelaki ego, dia tak tunjukkan rasa rindunya? Pakar perkahwinan, Debra Macleod yang menulis untuk HuffingtonPost berkata, hubungan kelamin bukanlah punca utama suami menjauhkan diri. Ada sebab-sebab lain yang isteri perlu tahu, yang boleh membuatkan suami lebih rindu pada isteri. Izinkan kami berkongsi, semoga dapat membuatkan suami anda merindui anda…

Read More

Untuk memastikan kebahagiaan rumah tangga yang berpanjangan, semestinya banyak cara yang harus dilakukan oleh isteri mahupun suami. Sebagai contoh, mesti ada isteri yang ingin tahu macam mana cara untuk buat lelaki rindu iaitu suami tersayang. Nak jadi manis bersemut dan romantik, bukan sebelum kahwin sahaja. Selepas berkahwin juga haruslah memastikan hubungan itu semakin kuat dan sayang. Cuma itulah, kadang-kadang kita sebagai orang perempuan langsung tak tahu apakah antara tanda-tanda lelaki rindu kita? Apakah tanda-tanda lelaki rindu? Apabila lelaki sudah rindu, ada di antara mereka yang tidak mahu menunjukkan yang mereka sebenarnya rindu. Senang cerita, ego. Lebih-lebih lagi apabila sudah berumahtangga.…

Read More