Perempuan ini memang ada banyak sangat mood. Sekejap dia ok, sekejap dia tak ok. Kadang-kadang lelaki pun sampai tak boleh nak faham apa yang perempuan nak sebenarnya. Jadi, kali ini kami akan menjelaskan kepada anda antara sebab-sebab kenapa perempuan nak attention.
Mari ikuti perkongsian kami.
Kenapa perempuan nak attention
Berikut merupakan 5 sebab kenapa perempuan nak attention.
1. Perempuan dah memang manja, jadi faham-faham sahajalah
Bukan setakat dikenali dengan sifat lemah lembut. Tetapi, perempuan juga ada sifat manja. Sekasar-kasar mana pun seorang perempuan itu, pasti akan terselit juga sifat manjanya.
Perempuan kalau mahukan perhatian dari lelaki, memang dia automatik akan jadi manja.
Nanti mulalah nada percakapan pun akan bertukar tiba-tiba. Ada yang dari garang macam singa, boleh berubah terus jadi manja macam kucing.
Ini tak boleh dinafikan, sebab mak-mak kita pun kalau ada benda yang dia nak dari ayah atau anak dia, dia boleh jadi lebih manja dari budak kecil.
2. Mengapa perempuan nak attention supaya lelaki tak curang
Kadang-kadang perempuan ini kuat overthinking, cemburu dan suka downgrade diri sendiri. Biasanya perempuan akan jadi macam ini dengan lelaki yang dia sayang. Dia akan sentiasa rasa insecure dengan keadaan diri dia.
Walaupun dia sebenarnya dah jadi yang terbaik dah. Dia masih takut lelaki akan cari lain.
So, salah satu sebab kenapa perempuan nak attention itu sebab tak nak lelaki curang. Kadang-kadang, apabila lelaki kurang bagi perhatian dekat perempuan, lelaki ini mulalah suka bagi perhatian itu pada perempuan lain.
3. Nak selalu didengari
Kalau kita ada orang yang kita suka, kita sayang. Mesti kita nak dapatkan perhatian dari dia walau perlu guna pelbagai cara sekalipun. Macam itu jugalah apa yang perempuan rasa dan perlukan.
Perempuan ini nak attention dari lelaki sebab dia rasa perkara itu penting dan nak selalu didengari. Selalu didengari itu maksudnya sentiasa ada bila diperlukan.
Selain itu, berharap lelaki itu akan terus setia dengar masalah, luahan hati dan pendapat dia. Jadi kalau tak ada perhatian, macam mana perempuan nak bagitahu apa perasaan dia sebenarnya.
4. Perempuan nak attention sebab mudah rindu pada lelaki yang dia suka
Kalau dah ada lelaki yang dia suka, semestinya akan terbit sifat rindu. Rindu ini pula ada masanya akan jadi semakin kuat. Nak pula kalau jarang-jarang jumpa atau nampak depan mata.
Macam lirik lagu kumpulan Ruffedge dulu-dulu, “bila rindu, terkenang mu sayang. Terasa sayu, syahdunya jiwaku. Bila malam, makin kelam. Jauh terbang diriku melayang”.
Tetapi, bila lelaki itu dah mula bagi perhatian pada dia. Mesti rasa rindu itu dapat terubat walaupun hanya dengar suara dari dalam telefon.
5. Suka berkepit, kalau boleh nak ada 24 jam
Terdapat sesetengah perempuan ini yang memang suka berkepit dengan lelaki itu. Kalau boleh nak kena ada dengan dia 24 jam. Ada itu sampaikan nak tidur pun masih perlu buat video call hanya untuk tengok muka si dia sebelum tidur.
Ada juga yang jenis mengongkong, sehingga lelaki itu tak boleh nak pergi keluar main bola dengan kawan-kawan dia. Ini semua semata-mata sebab perempuan nak lelaki itu selalu bersama dengan dia.
Tetapi kalau dapat perempuan yang macam ini, ada masa jadi rimas pula.
Akhir kalam
Diharapkan penulisan ini dapat menambahkan pengetahuan kepada lelaki yang ingin tahu kenapa perempuan nak attention.
Perkongsian ini adalah supaya anda mampu menjadi lelaki yang bersifat terbuka terhadap perangai-perangai perempuan yang ada masanya pelik ini.
Sebagai tambahan, selain daripada kenapa perempuan nak attention. Lelaki juga harus tahu kenapa perempuan selalu menang walaupun dah terang-terang salah agar lelaki tak jadi pening dengan sikap perempuan yang satu ini.
Semoga bermanfaat.