Benar, lelaki adalah makhluk misteri. Jika pun dia membenci kamu, ada kemungkinan tidak ternampak pada wajah, sikap dan perbuatannya. Hinggakan ada kaum wanita yang masih lagi tertanya-tanya, apa tanda lelaki benci kita?
Atau ini adalah sekadar tanda lelaki bosan?
Justeru, bagaimana kamu mungkin mampu tahu bahawa lelaki itu, sama ada suami kamu atau kekasih hati kamu, kini sedang membenci kamu dalam diam?
Tulisan ini akan memandu kamu sedikit sebanyak untuk mengenali tanda lelaki sedang benci dalam diam.
Tanda lelaki benci kita dalam diam
Banyak tanda dapat dilihat jika lelaki sudah mula benci dalam diam. Ia mungkin tidak dipamerkan, tetapi kamu mampu memerhatikan tanda-tanda ini.
Ambil sedikit masa untuk memerhatikannya untuk mencari jawapan apakah antara tanda lelaki benci kita dalam diam.
Berikut ialah antara tanda berkenaan.
1. Lambat jawab panggilan telefon atau balas mesej
Antara tanda lelaki mula membenci kamu ialah apabila dia semakin kerap lambat menjawab telefon atau membalas mesej kamu.
Lebih ketara ialah apabila dia langsung tidak menjawab panggilan telefon atau membalas mesej kamu.
Ini reaksi normal apabila seseorang mula membenci. Dia menjadi tidak berminat dan tidak teruja untuk berkomunikasi dengan kamu.
2. Selekeh dan tidak bersemangat
Ini juga satu tanda yang lelaki berkenaan mungkin sedang membenci kamu.
Dia mula berasa tidak teruja untuk menarik perhatian kamu, apa lagi untuk menyenangkan hati kamu.
Lalu dengan itu, ia terpancar menerusi sikap dan perbuatannya apabila berdepan dengan kamu menerusi cara pemakaiannya yang mungkin tidak kemas dan tampak tidak bersemangat terhadap kamu.
3. Tanda lelaki benci kita, dia bersikap acuh tak acuh
Sikap acuh tak acuh juga adalah satu tanda lelaki yang dahulunya mungkin menyayangi kamu, tetapi kini mula membenci dalam diam.
Sikap acuh tak acuh ini tercerna dari dalam fikiran lelaki itu. Sikapnya terbentuk daripada pemikiran dan tanggapannya terhadap kamu.
Jangan ambil masa terlalu untuk mengamati ini. Kamu mampu menelah dan memahami sikap ini jika kamu perhatikan betul-betul sikap pasangan kamu itu.
4. Tampak selalu sibuk
Jika lelaki iutu kerap tampak terlalu sibuk atau sengaja membuat alasan sibuk, ini juga mungkin satu tanda dia sudah mula tidak menyenangi kamu atau langsung membenci kamu.
Ya, lelaki biasanya sangat bijak berhelah. Kamu mungkin tidak perasan apabila lelaki mula beralasan konon selalu sibuk.
Amati betul-betul. Justeru kamu dapat menilai sejauh mana pasangan lelaki kamu itu bernar-benar sibuk atau dia sudah mula membenci kamu dalam diam.
5. Tanda lelaki benci kita, dia kerap mungkir janji
Ini juga satu sikap yang boleh diperhatikan untuk mengetahui lelaki itu sudah semakin membenci kamu dalam diam.
Sama ada dia sering memungkiri janji atau terlalu kerap membatalkan janji, ini mungkin petunjuk atau tanda yang si dia kini berubah hati atau membenci kamu dalam diam.
Lelaki, jika benar dia menyayangi kamu, sangat mengambil berat dan amat tergesa-gesa dalam menunaikan janjinya terhadap kamu!
6. Tidak lagi romantik
Jika sebelum ini lelaki buah hati kamu itu sangat romantik dan “caring”, kini dia semakin kurang romantik dan ambil berat; ini juga satu tanda dia mungkin mula membenci kamu dalam diam.
Ini tidak mustahil. Hati manusia boleh berubah bila-bila masa. Kamu mungkin tidak perasan jika terlalu asyik dalam rasa sayang yang menebal terhadapnya.
Amati cara dia bersembang dan melayani kamu. Dari situ, ada tanda sama ada dia masih menyayangi kamu atau sebaliknya membenci kamu dalam diam.
Persis drama Married Tapi Benci. Sudah berkahwin, status suami isteri, tapi masih lagi membenci.
Akhir kalam
Perhatikan betul-betul. Lelaki, dalam banyak hal, sangat pandai menyembunyikan perasaan.
Namun, ada cara untuk mengesan perubahan rasa dan peralihan sikap lelaki terhadap kamu walaupun tak nampak tanda lelaki itu tak suka kita.
Semoga bermanfaat.