Close Menu
Intim.my
    Terkini

    Cara Buat Suami Rindu

    Cara Approach Lelaki

    30 Contoh Ayat Pickup Lines Melayu

    Facebook X (Twitter) Instagram
    Intim.my
    • Home
    • Marriage & Intimacy
    • Relationship
    • About Us
    • Contact Us
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Intim.my
    You are at:Home / Relationship
    Relationship

    9 Tanda Lelaki Selesa Dengan Kita (Sudi & Suka Berkawan)

    Hana FizaBy Hana FizaMarch 2, 2022No Comments5 Mins Read
    Facebook WhatsApp
    Tanda lelaki selesa dengan kita

    Orang kata, zaman sekarang cukup susah nak cari lelaki yang setia. Benarkah? Sebenarnya, setia itu bermula dengan selesa. Jadi, mesti tahu, apakah tanda lelaki dengan selesa dengan kita terlebih dahulu, barulah boleh setia.

    Banyak sebenarnya tanda lelaki suka kita tapi malu nak cakap. Mari kita sama-sama rungkaikan apa sebenarnya yang ada dalam kepala seseorang lelaki.

    Tanda lelaki selesa dengan kita

    Anda tanda-tanda lelaki selesa berkawan dengan kita, yang anggap kita lebih dari kawan adalah seperti yang disenaraikan di bawah.

    1. Selalu mesej bertanya khabar

    Dia teringatkan orang di sana. Dia risaukan anda yang jauh dari dia.

    Kalau suami, sampai-sampai pejabat sahaja, terus Whatsapp isteri kata sudah sampai. Begitu juga dengan isteri. Saling update diri masing-masing.

    Cuma janganlah sweet masa mula-mula sahaja. Mula-mula sahaja beria, lepas itu buat tak tahu.

     

    2. Dia bercerita tentang anda depan kawan-kawan dia

    Bangga bila bercerita tentang anda depan kawan-kawan, tanpa rasa malu. Dia seronok dapat bersama-sama mengharungi kehidupan dengan anda. Benar, inilah antara tanda seseorang minat kita.

    Yang sudah jadi suami orang, alaupun ada jenis kawan yang selalu usik jenis takut bini, dia cuma sengih dan ketawa.

     

    3. Kawan-kawan dia, kita kenal

    Tanda lelaki selesa dengan kita ialah dia tidak berselindung dengan siapa dia berkawan.

    Bukanlah jenis mahu mengongkong, cuma kita kenal perangai dan sikap kawan-kawan dia.

    Tentu sekali kita boleh lihat latarbelakang kawan-kawan dia dari tutur bicara dan cara mereka berkomunikasi antara satu sama lain.

    Jika kawan-kawan dia baik-baik, biarlah. Dia perlu masa bersama golongan dia juga.

     

    4. Dia happy berada di rumah

    Pada suami, rumah itu adalah syurga bagi dia. Bukan di luar bersama kawan-kawan.

    Bukan di gelanggang futsal, bukan di kedai mamak dan bukan di tempat-tempat yang kita tak tahu elok atau tidak untuk yang sudah berstatus suami.

    Jika keluar pun, hanya ke surau dan masjid.

    Untung kalau dapat jenis begini. Sayang dia ketat-ketat.

    Maaf yang masih bujang. Cuba jenguk-jenguk surau dan masjid pada waktu Subuh. Yang datang berjemaah, itulah calon terbaik.

    Cuma jangan sampai tersambar suami orang. Ini kerana perangai dan cara suami orang melayan memang betul-betul menunjukkan ciri-ciri lelaki idaman wanita.

     

    5. Dia sanggup buat apa sahaja untuk anda

    Tanda seseorang minat kita, tentulah dia sanggup buat apa sahaja.

    Mintalah apa sahaja, dia akan tunaikan.

    Cuma kata penyanyi Yuna dalam bait-bait lagu Terukir di Bintang, janganlah minta intan permata. Mahal, tak mampu.

    Semuanya indah masa ini.

    Tengok bila dah lama bersama; dan sudah beranak pinak.

     

    6. Selalu tanya, “Nak makan apa?”

    Ini tandanya dia caring dan concern tentang anda. Mula-mula akan nampak annoying sebab asyik tanya nak makan apa.

    Buat isteri, ini tandanya suami seorang yang bertanggungjawab. Dia tak mahu menyusahkan isteri. Dia tidak mahu mood isteri bertukar mejadi Hulk apabila penat kerja, mahu masak lagi. Belum masuk lagi bab dapur yang perlu dibersihkan.

    Sesekali, raikan masa bersama untuk makan di luar bersama-sama.

     

    7. Si lelaki cerita semua rahsia dia

    Tanda lelaki selesa dengan kita yang seterusnya ialah, dia tak kisah ceritakan rahsia diri dia.

    Ada kisah silam dia yang berat untuk diceritakan pada orang yang tidak rapat. Sebaliknya dengan anda, tanpa selindung satu pun, dia sangat selesa bercerita.

    Biasanya, kisah-kisah ini adalah yang memalukan dia. Kalau cerita pada orang lain, mesti diketawakan.

    Cuma anda kenalah pandai-pandai buat simpati. Jangan ketawakan dia pula. Bimbang kecil hati.

     

    8. Dia cerita tentang keluarga dia

    Kisah adik-beradik dia, kisah mak ayah dia masa muda; dan kisah kucing dia pun dia cerita. Seronok dia berkongsi dengan anda. Ini mungkin salah satu tanda lelaki selesa dengan kita yang ramai orang tak perasan.

    Orang yang hidup dalam keluarga yang harmoni, akan memimpin keluarga harmoni juga. Beruntung dalam seseorang yang nilai kekeluargaannya kuat.

    Namun, tak semua lelaki begini. Ada yang hidup dalam depresi dan penuh dengan kisah hitam. Selalunya, dia tak ceritakan. Namun, bukan bermakna dia tak setia. Cuma belum masanya lagi.

    Jangan merajuk bila si lelaki lebihkan keluarga dia. Bukankah itu lebih baik?

     

    9. Makin lama, makin dekat dengan Allah

    Inilah tahap tertinggi dalam sesuatu perhubungan. Jika ini berlaku, maka pilihan anda adalah pilihan yang terbaik.

    Barulah tanda lelaki sayang yang sebenar-benarnya.

    Benar, kita bukanlah jenis suci yang tak pernah ada dosa. Namun tidak bermakna kita tidak boleh berkehendak untuk sesuatu yang terbaik untuk diri kita.

    Jika hubungan ini diperbaiki dan sama-sama dituntun ke jalan yang suci, pasti berakhir di jannah.

    Tanda seseorang minat kita yang sebenar-benarnya, dia akan sentiasa mahu menuju ke jalan Allah bersama-sama.

     

    Akhir kalam

    Tanda lelaki selesa dengan kita sudah dikongsikan. Kini, misi untuk meneruskan hubungan dan melihat tanda dia setia pula. Apabila dia setia, tentu sekali itulah salah satu tanda bahawa lelaki tersebut betul-betul sayangkan kita, walaupun kadang-kadang tak tunjuk langsung.

    Berbeza dengan tanda perempuan sukakan lelaki, ia selalunya lebih direct dan sukar untuk disembunyikan.

    Apa-apa pun, setia itu adalah persepsi individu. Apa yang dia buat mungkin tak mengatakan dia seorang yang setia atau jujur. Tapi percayalah, jauh di sudut hati, ini adalah ciri-ciri lelaki yang baik.

    Cuma perlu diingat, setia lelaki, janganlah kita percaya 100%. Simpanlah sedikit rasa curiga, bimbang-bimbang dia buat hal. Paling tidak, kita bersedia.

    Kita tak akan pernah jangka, apa yang mungkin dan bakal berlaku.

    Semoga bermanfaat.

    Hana Fiza

    Related Posts

    Cara Approach Lelaki

    By Hana FizaNovember 20, 2024

    10 Topik Borak Dengan Perempuan

    By Hana FizaNovember 19, 2024

    14 Tanda Lelaki Suka Kita Tapi Malu

    By Hana FizaNovember 19, 2024

    10 Tanda Seseorang Minat Kita Dalam Diam

    By Hana FizaNovember 19, 2024
    Add A Comment
    Leave A Reply Cancel Reply

    Trending

    10 Cara Pujuk Perempuan

    By Hana FizaNovember 17, 2024

    Kenapa Suami Mencari Wanita Lain

    By Hana FizaNovember 16, 2024

    10 Tanda Pasangan Dah Tak Sayang Kita

    By Hana FizaNovember 15, 2024
    Pilihan Editor

    Kenapa Suami Cemburu Berlebihan

    By Hana FizaNovember 5, 2024

    Suami yang cemburu berlebihan mengalami perasaan curiga, tidak selamat dan tidak percaya yang melampau terhadap…

    Kenapa Suami Tak Beri Nafkah Batin

    November 4, 2024

    Tips Banyak Air Ketika Bersama Suami

    November 3, 2024

    Perasaan Lelaki Apabila Disentuh

    November 2, 2024
    About Us
    About Us

    Your source for the intimacy, husband and wife tips and relationship.

    Email Us: [email protected]

    Latest

    Cara Buat Suami Rindu

    November 20, 2024

    Cara Approach Lelaki

    November 20, 2024

    30 Contoh Ayat Pickup Lines Melayu

    November 19, 2024

    10 Topik Borak Dengan Perempuan

    November 19, 2024

    Kisah Suami Isteri Baru Berkahwin

    November 19, 2024
    Intim.my
    Facebook Instagram TikTok
    • Home
    • Marriage & Intimacy
    • Relationship
    • About Us
    • Contact Us
    © 2025 Intim.my

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.