Lelaki memang susah untuk bagitahu perasaan sebenar mereka. Selalunya mereka hanya tunjukkan melalui perbuatan daripada mengucapkannya. Jadi, macam mana kita nak tahu tanda lelaki rindu kita tanpa kita tersalah tafsir dengan tindakan mereka?
Hakikatnya, bukan payah sangat nak tahu hati lelaki yang sebenarnya sebab gerak-geri mereka ini lebih kurang sama sahaja. Ada lelaki suka kita, tapi malu nak cakap pun ada. Jadi dia pendamlah perasaan dia itu bertahun-tahun lamanya.
Namun, melalui penulisan kali ini. Kami ingin membantu anda memahami tanda lelaki rindu kita yang perempuan harus peka dan perhatikan.
Jemput baca perkongsian kami.
Tanda lelaki rindu kita
Berikut merupakan beberapa tanda lelaki rindu kita yang perempuan boleh ambil kira.
1. Lelaki rindu kita bila kerap ajak jumpa
Dia rindu kita tetapi dia tak nak cakap. Jadi, dia akan gunakan pelbagai alasan untuk ajak kita keluar dengan dia. Contohnya selalu ajak kita keluar makan, ajak kita pergi tengok wayang, ajak kita teman dia beli barang dekat kedai runcit dan macam-macam lagilah.
Kadang-kadang sampai nak pergi car wash depan rumah dia pun dia ajak kita teman dia. Sebenarnya, hal itu semua remeh-temeh sahaja. Boleh sangat dia nak pergi sendiri tanpa ada orang teman. Tetapi dek kerana rindu, pergi mana-mana pun nak ajak kita sekali.
2. Lelaki rindu kita bila dia selalu contact kita
Salah satu tanda lelaki rindu kita adalah apabila dia rajin sangat contact kita. Tidak boleh sehari pun tidak nampak muka kita. Mulalah tak berhenti-henti dia chat atau call kita.
Ada masanya setiap saat dia akan hantar mesej atau video call kita. Bagi dia, dapat tengok muka atau dengar suara kita dari dalam telefon pun dah memadai walaupun tidak dapat tengok depan mata. Sekurang-kurangnya terubatlah juga rindu di hati dia itu.
Tetapi, kadang-kadang sampai jadi rimas pula kita dibuatnya.
3. Tiba-tiba cari sebab untuk bergaduh
Nak tahu tak? Ada lelaki yang kalau dia rindukan seseorang, dia akan gunakan cara yang licik. Salah satu darinya adalah bila dia tiba-tiba sahaja nak cari sebab untuk buat kita gaduh dengan dia.
Padahal selama ini kita tak ada apa masalah pun dengan dia. Tetapi tiba-tiba dia buat hal yang kita tidak suka. Benda yang kita tak suka itulah yang dia jadikan isu untuk kita bertekak dengan dia. Contohnya dia sengaja minta nombor perempuan lain depan mata kita.
Tujuannya nak buat kita sakit hati lepas itu bergaduh. Nanti bila dah bergaduh dia pujuklah kita balik.
4. Point out chat kita yang lama
Point out chat kita yang lama ini maksudnya dia scroll semula chat antara kita dengan dia dari awal-awal kita berkenalan dengan dia. Lepas itu, mana ayat kita yang buat hati dia tersentuh ke yang dia suka ke. Dia akan hantar semula dekat kita.
Ada masa dia akan cerita balik apa yang kita pernah bualkan dengan dia. Mostly adalah mengenai perkara-perkara yang buat dia ingat dekat kita dan rindukan kita. Senang cerita, ia lebih kurang macam mengenang semula kenangan-kenangan indah kita dengan dia lah.
5. Lelaki rindu kita akan cepat reply chat atau jawab call
Kalau nak tahu dia betul-betul rindu kita atau tak. Cuba tengok secepat mana dia balas mesej kita dan terima panggilan kita.
Mungkin tanda seperti ini tidak boleh membuktikan apa-apa tetapi lelaki ini kalau dia tak ada apa-apa perasaan terhadap seseorang itu. Dia tidak akan jadi excited pun kalau orang itu mesej atau call dia. Kalau dia jawab atau balas pun dia akan buat lambat-lambat sahaja sampai orang itu rasa putus asa dengan dia.
Tetapi kalau dia suka, dia sayang dan dia rindukan kita. Bila kita chat ke call dia ke, memang sepantas kilat lah dia jawab. Dia tak akan lengahkan masa untuk sesuatu yang bermakna dalam hidup dia kecuali waktu itu dia ada kekangan yang tidak dapat dielakkan.
6. Selalu bercerita tentang kita
Sekiranya kebelakangan ini kita kerap dengar yang dia banyak bercakap tentang kita dengan kawan-kawan dia, ahli keluarga dia atau sesiapa yang terdekat dengan dia. Itu tandanya yang dia rindukan kita sangat-sangat.
Kita tidak boleh menafikan kenyataan di mana tidak ada orang yang akan suka bercakap tentang seseorang yang tidak mempunyai apa-apa erti untuk kehidupan dia. Tetapi, apabila ada seseorang, lebih-lebih lagi seorang lelaki yang selalu bercerita tentang kita kepada orang lain.
Memang terbukti yang dia selalu memikirkan tentang kita.
7. Lelaki rindu kita kalau dia asyik mention nama kita dekat akaun media sosial dia
Zaman sekarang kan dah ada macam-macam jenis aplikasi sosial macam Facebook, Twitter, Instagram dan banyak lagi. Trend terkini yang paling senang nak tahu dia rindu kita atau tak adalah dengan stalk posting akaun media sosial dia.
Kebiasaannya, orang zaman sekarang terutamanya orang yang tengah bercinta ini dia akan mention pasangan dia kalau ada benda menarik yang dia nak kongsi bersama. Jadi, kalau kita ada nampak dia tulis yang dia rindu dan mention nama kita pada status itu.
Dah memang sah lah dia rindu kita walaupun dia tidak cakap depan-depan.
8. Asyik minta kita hantar gambar pada dia
Ada jenis lelaki bila rindu kita dia akan selalu minta kita send gambar pada dia.
Walaupun sebenarnya kita ini dah hari-hari jumpa dia. Tetapi dia tetap nak juga gambar kita dan kalau boleh dia nak setiap hari kita selfie untuk dia. Kadang-kadang sampai kita sendiri pun tidak faham kenapa dah jumpa depan-depan pun masih nak tengok gambar kita.
Rindu dia lagi teruk kalau kita ini berjauhan dari dia. Bukan setakat hari-hari nak kena hantar gambar, tetapi dah jadi setiap 1 jam pula.
Akhir kalam
Sebenarnya, di atas hanyalah sebahagian dari tanda lelaki rindu kita yang dapat kami senaraikan. Ini kerana tanda-tanda tersebut lebih mudah dan umum untuk diketahui.
Kesimpulannya, lelaki bila rindu dekat perempuan ini macam-macam perangai pelik dia akan tunjuk. Cuma kita yang perempuan ini sahaja yang kadang-kadang tidak faham kenapa dengan dia. Namun, satu perkara yang paling pasti sekali adalah rindu itu perasaan yang amat menyeksakan sebenarnya.
Lebih-lebih lagi pada orang yang sudah tiada. Tambahan lagi, perasaan rindu ini kalau kita jumpa pun dia bukan berkurangan. Malah dia akan jadi bertambah-tambah pula. Cuma bergantung pada diri sendiri untuk mengawalnya.
Diharapkan dengan perkongsian kami mengenai tanda lelaki rindu kita ini dapat membuatkan perempuan lebih bijak dalam membaca tindakan seorang lelaki yang rindu pada kita walapun dia tidak cakap.
Semoga bermanfaat.