Close Menu
Intim.my
    Terkini

    Cara Buat Suami Rindu

    Cara Approach Lelaki

    30 Contoh Ayat Pickup Lines Melayu

    Facebook X (Twitter) Instagram
    Intim.my
    • Home
    • Marriage & Intimacy
    • Relationship
    • About Us
    • Contact Us
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Intim.my
    You are at:Home / Relationship
    Relationship

    Tanda Lelaki Rindu Dalam Diam (Tapi Tak Menyatakan Bila Rindu)

    Hana FizaBy Hana FizaFebruary 25, 20221 Comment4 Mins Read
    Facebook WhatsApp
    Tanda lelaki rindu dalam diam

    Jika anda seorang perempuan, ini adalah beberapa tanda lelaki rindu dalam diam. Mungkin anda perasan, mungkin tidak. Tapi cuba perhatikan samada dia ada menunjukkan tanda-tanda ini atau tidak, iaitu untuk melihat adakah lelaki ini sayang kita dalam diam atau tidak.

    Bila lelaki rindu

    Tidak semua lelaki mampu meluahkan semua perkara, apa lagi soal cinta dan kasih sayang.

    Sesetengah peribadi lelaki memilih memendam rindu dalam diam, mungkin mencari ruang dan masa sesuai untuk meluahkan.

    Tambahan lagi, tak semua lelaki ikhlas dalam perhubungan.

     

    Apabila lelaki menyatakan rindu

    Sesetengah lelaki pula memang tidak suka menunjukkan rasa sayang dan rindunya. Mungkin disebabkan malu atau ego sang lelaki.

    Namun, apabila lelaki menyatakan rindu, ia benar-benar sampai ke dalam ruang hati yang paling dalam. Walau bagaimanapun, ia tidak selalu berlaku.

    Bagaimanakah untuk kamu mungkin akan dapat tahu jika seseorang lelaki yang rapat dengan kamu sebenarnya sudah mula menyayangi dan memendam rindu dalam diam terhadap kamu?

    Mari perhatikan semua tanda berikut. Satu atau semua daripada tanda ini mungkin akan memberi petunjuk kepada kamu bahawa lelaki itu sedang memendam rindu dalam diam terhadap kamu.

    Tanda lelaki rindu dalam diam

    Ada banyak tanda dapat dilihat apabila lelaki mula rindu dalam diam.

    Berikut sebahagian daripadanya. Perhatikan satu persatu. Kamu mungkin dapat memahami sesuatu mengenai lelaki yang sedang dekat dengan kamu.

    1. Dia akan cuba tarik perhatian kamu

    Antara tanda seseorang lelaki sedang sayang dan rindu pada kamu ialah dia akan cuba sedaya upaya menarik perhatian kamu.

    Dia mungkin sentiasa cuba membuat kamu gembira, ketawa atau memberi perhatian juga kepadanya.

    Bagi lelaki yang sedang rindu dalam diam, senyuman kamu amat mampu menggembirakannya.

     

    2. Kerap menghubungi kamu

    Lelaki yang sedang memendam rindu dalam diam terhadap kamu juga akan cuba sedaya upaya dan sekerap mungkin menghubungi kamu walau di mana dia berada.

    Sama ada menerusi panggilan telefon atau mesej media sosial, lelaki yang sedang rindu akan sentiasa berusaha agar sentiasa dapat berhubung dengan kamu.

    Jika ini berlaku, ketahuilah bahawa lelaki itu sedang merinduimu walaupun dia tidak meluahkan isi hatinya terhadap kamu!

     

    3. Tanda lelaki rindu dalam diam, dia akan kerap curi pandang

    Mungkin kamu tidak perasan. Lelaki yang dekat dengan kamu mungkin berusaha curi pandang wajah kamu ketika kamu asyik dengan aktiviti lain.

    Rasa sayang, dengan tidak semena-mena, merangsang si dia mencuri pandang kamu kerana dia sangat berasa senang, malah tenang, dengan kamu.

    Kamu boleh cuba perhatikan ini. Cuba elak nampakkan yang kamu sedang perasan sesuatu.

     

    4. Sentiasa ada masa untuk kamu

    Percayalah, lelaki yang sedang sayang dan merindui kamu biasanya akan sentiasa ada masa untuk kamu.

    Sesibuk mana pun dia, lelaki ini akan mencari masa, malah sentiasa mengutamakan kamu dalam celah-celah sela masa terhad yang dia ada.

    Malah tidak mustahil dia sanggup mengetepikan hal-hal kecil yang lain semata-mata untuk dapat berjumpa dan dekat dengan kamu.

     

    5. Tanda lelaki rindu dalam diam, dia sangat ambil berat

    Lelaki yang sedang sayang dan merindui kamu dalam diam biasanya sangat mengambil berat mengenai kamu.

    Sedikit sahaja masalah yang kamu alami sudah cukup untuk membuatkannya tergesa-gesa membantu kamu atau setidak-tidaknya mengambil tahu.

    Perhatikan ini. Lelaki yang sedang merindui kamu dalam diam biasanya tidak dapat menyembunyikan sikap dan perlakuan begini.

     

    6. Banyak tahu mengenai kamu

    Lelaki yang sedang menyayangi dan merindui kamu dalam diam biasanya sangat banyak tahu mengenai hal ehwal kamu.

    Dia akan menggunakan pelbagai sumber untuk lebih tahu mengenai kamu, termasuklah “menyelongkar” laman peribadi kamu di media sosial atau banyak bertanya kepada kawan-kawan kamu mengenai hal peribadi kamu.

    Cuba perhatikan. Kamu akan menemui hal-hal begini jika seseorang sedang menyayangi dan merindui kamu.

     

    7. Tanda lelaki rindu dalam diam, dia selalu cemburu

    Sama ada dizahirkan atau tidak, lelaki yang sedang menyayangi dan merindui kamu dalam diam biasanya mudah cemburu.

    Seboleh mungkin dia akan cuba menjauhkan kamu dari lelaki-lelaki lain yang kini dekat dengan kamu sama ada sahabat sosial atau sahabat sepejabat.

    Malah sebenarnya seboleh-bolehnya lelaki yang sedang menyayangi dan merindui kamu ini akan cuba sedaya upaya agar hanya kamu dan dia sentiasa bersama – tanpa kawan lelaki lain.

     

    Akhir kalam

    Banyak lagi tanda lain apabila seseorang lelaki sedang menyayangi dan merindui kamu. Walaupun tak dizahirkan, kadang-kadang boleh dapat tangkap dengan mudah.

    Walau bagaimanapun, apalah sangat dengan rindu itu. Bagi anda yang sedang membaca, mari kita sama-sama perbaiki diri untuk menjadi seorang wanita solehah untuk lelaki itu, yang bakal menjadi suami kita suatu hari nanti.

    Semoga bermanfaat.

    Hana Fiza

    Related Posts

    Cara Approach Lelaki

    By Hana FizaNovember 20, 2024

    10 Topik Borak Dengan Perempuan

    By Hana FizaNovember 19, 2024

    14 Tanda Lelaki Suka Kita Tapi Malu

    By Hana FizaNovember 19, 2024

    10 Tanda Seseorang Minat Kita Dalam Diam

    By Hana FizaNovember 19, 2024
    View 1 Comment

    1 Comment

    1. arianna on March 18, 2021 8:45 pm

      and tambah lagi satu yg lelaki selalu cari gaduh dgn kita…

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    Trending

    10 Cara Pujuk Perempuan

    By Hana FizaNovember 17, 2024

    Kenapa Suami Mencari Wanita Lain

    By Hana FizaNovember 16, 2024

    10 Tanda Pasangan Dah Tak Sayang Kita

    By Hana FizaNovember 15, 2024
    Pilihan Editor

    Kenapa Suami Cemburu Berlebihan

    By Hana FizaNovember 5, 2024

    Suami yang cemburu berlebihan mengalami perasaan curiga, tidak selamat dan tidak percaya yang melampau terhadap…

    Kenapa Suami Tak Beri Nafkah Batin

    November 4, 2024

    Tips Banyak Air Ketika Bersama Suami

    November 3, 2024

    Perasaan Lelaki Apabila Disentuh

    November 2, 2024
    About Us
    About Us

    Your source for the intimacy, husband and wife tips and relationship.

    Email Us: [email protected]

    Latest

    Cara Buat Suami Rindu

    November 20, 2024

    Cara Approach Lelaki

    November 20, 2024

    30 Contoh Ayat Pickup Lines Melayu

    November 19, 2024

    10 Topik Borak Dengan Perempuan

    November 19, 2024

    Kisah Suami Isteri Baru Berkahwin

    November 19, 2024
    Intim.my
    Facebook Instagram TikTok
    • Home
    • Marriage & Intimacy
    • Relationship
    • About Us
    • Contact Us
    © 2025 Intim.my

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.