Pernah tak sesekali anda terfikir kenapa lelaki lemah dengan wanita? Walaupun anda minta apa sahaja waktu itu, dia akan turutkan. Apa yang dia tak suka pun, dia layankan sahaja.
Kalau anda pernah memikirkan persoalan ini dan sampai sekarang pun masih tak tahu jawapannya. Mari ketahuinya melalui artikel ini. Mungkin hal ini nampak remeh untuk anda ambil tahu tetapi tidak ada salahnya bagi anda ketahui sisi lain tentang lelaki.
Manalah tahu ada sebab-sebab menarik yang anda tak sedar, tak perasan atau terlepas pandang sebelum ini.
Jemput baca perkongsian kami.
Kenapa lelaki lemah dengan wanita
Berikut merupakan sebab-sebab terjadinya situasi seperti di atas.
1. Lelaki lemah dengan wanita cantik
Setuju tak kalau sebenarnya ramai lelaki yang akan lemah bila dengan wanita cantik? Hakikatnya memang betul. Ramai lelaki yang akan cepat tertarik dengan wanita yang mempunyai rupa paras menawan. Apa sahaja yang wanita cantik itu buat, semuanya nampak elok di mata seorang lelaki.
Al-maklumlah, zaman sekarang kan dah ada beauty standard. Jadi, memang banyak betul kelebihan pada wanita yang cantik-cantik ini. Memang pergi mana-mana pun mesti akan dapat layanan yang berbeza lebih-lebih lagi daripada kaum lelaki.
2. Lelaki lemah dengan wanita bijak atau berpendidikan tinggi
Selain daripada wanita yang mempunyai wajah cantik, wanita yang bijak atau terpelajar akan membuatkan lelaki lemah dengan mereka. Namun, ia bukan bermakna wanita yang tidak berpendidikan tinggi itu tidak menarik. Jangan pula salah faham.
Cuma, apabila lelaki itu tahu yang anda bukan wanita yang biasa-biasa sahaja. Dia akan lebih memandang tinggi dan menghormati anda sebagai seorang wanita yang berkebolehan lebih-lebih jika anda mempunyai kelayakan lebih tinggi darinya.
3. Lelaki lemah dengan wanita yang sentiasa ceria dan kaya dengan senyuman
Wanita yang berpewatakan ceria, tak lekang dengan senyuman dan sentiasa ketawa ini akan lebih mudah buat lelaki lemah dengan pesona mereka. Wanita seperti itu akan nampak lebih menyerlah dan mempunyai keyakinan yang tinggi.
Hal itu akan membuatkan lelaki selesa dengan kita dan sentiasa teringatkan aura positif yang diberikan. Tambahan lagi, lelaki lebih suka melihat wanita yang sentiasa gembira berbanding wanita yang selalu bermasam muka.
4. Wanita yang pandai berfesyen akan buat lelaki lemah
Wanita yang suka melawa dan pandai menjaga penampilan diri ini akan mempunyai peratus yang lebih tinggi untuk membuatkan hati mana-mana lelaki cair.
Bagi sesetengah lelaki, wanita yang pandai berfesyen ini akan sentiasa menjadi perhatian dan nampak lebih menarik. Iyalah, kalau hari-hari pergi office asyik anda sahaja yang paling bergaya dekat situ. Lelaki manalah yang tak lemah semangat tengok.
5. Wanita yang menjaga kebersihan akan melemahkan lelaki
Mana-mana wanita atau lelaki mestilah menjaga kebersihan dan kekemasan diri walau dalam apa jua keadaan sekalipun. Jadi, tidak hairanlah kalau wanita yang sentiasa bersih, wangi dan berpakaian kemas akan membuatkan lelaki lemah.
Tidak mengapa kalau anda tidak cantik atau tidak belajar tinggi sekalipun asalkan jaga kebersihan. Walaupun cantik dan berpelajaran tinggi. Kalau pengotor, mana-mana lelaki pun takkan tertarik.
6. Lelaki lemah dengan wanita yang boleh berdikari sendiri
Terdapat sesetengah lelaki yang lemah dengan wanita yang boleh jaga diri sendiri dan boleh buat semuanya sendiri. Sebab apa? Sebab wanita yang macam ini hati dia kental. Jadi dia tak ada masa nak nampak lemah dan menagih perhatian dari lelaki.
Tambahan lagi, wanita yang boleh berdikari sendiri ini dia lebih suka usaha sendiri tanpa minta bantuan dari sesiapapun. Kalau anda adalah wanita yang macam ini, mestilah lelaki itu rasa dia insan yang kerdil.
7. Wanita yang mempunyai harga diri yang tinggi
Lelaki akan lemah apabila ada wanita yang sentiasa mempertahankan harga dirinya. Lebih-lebih lagi pada wanita yang tak mudah goyah dan berpegang teguh pada prinsipnya walaupun dijanjikan dengan pelbagai kesenangan ataupun wang ringgit.
Akhir kalam
Kesimpulannya, semua wanita itu mempunyai ciri-ciri istimewa yang tersendiri untuk membuatkan mana-mana lelaki tertarik pada dirinya. Anda juga tidak perlu merendahkan diri sendiri untuk lelaki yang tidak nampak kelebihan anda. Lelaki yang ikhlas sayangkan anda akan menerima anda seadanya.
Diharapkan perkongsian kami mengenai kenapa lelaki lemah dengan wanita ini dapat memberikan kesedaran kepada semua wanita di luar sana bahawa ada bahagian lain tentang lelaki yang harus anda tahu.
Semoga bermanfaat.
1 Comment
Tepat sekali point nya ……