Close Menu
Intim.my
    Terkini

    Cara Buat Suami Rindu

    Cara Approach Lelaki

    30 Contoh Ayat Pickup Lines Melayu

    Facebook X (Twitter) Instagram
    Intim.my
    • Home
    • Marriage & Intimacy
    • Relationship
    • About Us
    • Contact Us
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Intim.my
    You are at:Home / Relationship
    Relationship

    Hati Lelaki Yang Sebenarnya (Apa Dia Mahu Dari Perempuan?)

    Hana FizaBy Hana FizaJanuary 11, 20221 Comment3 Mins Read
    Facebook WhatsApp
    Hati lelaki yang sebenarnya

    Tak semua apa yang lelaki cakap, dia maksudkan. Ada juga yang dia sembunyikan. Seperti yang disenaraikan di Quora, banyak perkara yang lelaki tak beritahu pasangannya. Apa yang dia mahu dari wanita? Hati lelaki yang sebenarnya, macam mana?

    Mari kita singkap, apa sebenarnya yang ada dalam hati lelaki ini.

    Apakah isi hati lelaki yang sebenarnya?

    Bagaimana mahu membaca, mengenal, memikat hati lelaki, memahami dan mengetahui isi hati lelaki yang paling dalam?

     

    Hakikat hati lelaki yang sebenarnya

    Luar lain, dalam lain. Begitulah sifat seorang lelaki. Luar mungkin nampak garang, tapi dalam hati ada taman.

    Berikut antara jawapan dan rungkaian tentang hati lelaki yang sebenarnya.

     

    1. Lelaki sebenarnya penyayang, tapi tak tunjuk

    Ini yang paling selalu. Lelaki sayang, tapi tak pandai meluahkan dengan kata-kata.

    Biasanya, dia akan buat dengan perbuatan. Tapi selalu disalah anggap oleh perempuan, kerana tidak romantik.

     

    2. Lelaki mahu isteri yang bersifat keibuan

    Selalunya, lelaki yang belum kahwin lagi memang gatal.

    Ya, yang sudah kahwin juga ada yang gatal.

    Kedua-dua spesis ini mahu dihampiri dan selalu dekat dengan kawan-kawan perempuan yang gedik. Memang suka betul, bila ditepuk tampar.

    Tapi, bila bab kahwin, anak-anak, jaga rumahtangga, tahu pula mahu isteri yang bersifat keibuan.

     

    3. Lelaki risau bila berjauhan dengan pasangan

    Sifat seorang lelaki, ialah melindungi. Jadi apabila berjauhan, lelaki akan risau dengan pasangannya.

    Tapi biasalah, lelaki tak akan kata dia risau.

    Yang si perempuan pula, tertunggu-tunggu panggilan atau mesej. Hinggakan bermonolog sendiri, “Dia tak ingat aku ke?”

     

    4. Lelaki selalu diam (ada sebab)

    Selalunya, sebab tak ada idea nak cakap apa.

    Masa mula-mula berkawan, bukan main banyak lagi cerita si lelaki. Bila sudah lama berkawan, mulutnya bagai dikunci.

    Tanya pun soalan asyik yang sama.

    Apabila sudah berkahwin, lagi teruk. Mesej pun perkara yang sama setiap hari.

    Sebenarnya, bukan tidak mahu berbual-bual. Kadang-kadang, apa yang berlaku seharian, si lelaki rasa tak ada yang menarik. Sebab itu dia malas cerita.

    Yang si perempuan pula, asyik tertunggu-tunggu cerita.

     

    5. Lelaki kerja keras untuk keluarga

    Dia kerja keras untuk isteri dan anak-anak, tapi tak pernah kongsikan kesusahan itu.

    Kalau boleh apa permintaan isteri dan anak-anak, dia mahu tunaikan.

    Walaupun perempuan cuma sekadar cakap main-main, dia akan ambil serius. Selagi tak dapat, dia akan kerja lebih keras.

     

    6. Lelaki tak suka dibandingkan

    Kalau dibandingkan dengan lelaki lain, mungkin tak terasa sangat.

    Tapi bila dibandingkan dengan ayah di perempuan, dia akan rasa kecil hati.

    Jangan sesekali kata, “Ayah saya boleh, kenapa awak tak boleh?”.

    Tak semua lelaki punya cara yang sama. Matlamat mungkin sama, tapi cara berbeza. Kita raikan keduanya.

     

    7. Lelaki tak suka dikongkong

    Siapa yang suka dikawal setiap masa? Semua orang tak suka.

    Jangan sesekali pantau semua aktiviti lelaki. Dia juga mahukan privasi.

    Semakin kita kongkong, semakin kita rasa cemburu, lagi dia rimas. Berikanlah kebebasan yang sewajarnya.

     

    8. Lelaki tak senang duduk bila perempuan merajuk

    Memang ada jenis yang tak pandai pujuk. Bukan tak pandai pujuk, cuma tidak tahu macam mana nak mula.

    Apa yang nak dikatakan?

    Beruntung jika ada pasangan yang pandai memujuk, pandai ambil hati tatkala merajuk.

    Namun, bagi perempuan yang ada lelaki yang tak pandai pujuk, teruskanlah berfikir positif.

    Bukannya dia tak kisah, cuma tak pandai menunjukkan perasaan. Lama-lama, pandailah dia.

     

    Akhir kalam

    Tak semua lelaki tak pandai jaga hati perempuan. Sayang tetap sayang, cuma tak pandai meluah.

    Bagi perempuan, jangan cepat melenting dan ambil hati.

    Perlahan-lahan akan boleh adapt dengan suasana begini. Semuanya perlukan masa.

    Semoga bermanfaat.

    Hana Fiza

    Related Posts

    Cara Approach Lelaki

    By Hana FizaNovember 20, 2024

    10 Topik Borak Dengan Perempuan

    By Hana FizaNovember 19, 2024

    14 Tanda Lelaki Suka Kita Tapi Malu

    By Hana FizaNovember 19, 2024

    10 Tanda Seseorang Minat Kita Dalam Diam

    By Hana FizaNovember 19, 2024
    View 1 Comment

    1 Comment

    1. Zai on September 23, 2022 5:21 pm

      Assalam hai..
      Kalau lelaki kata dia takda mood and perlukan masa utk pulih balik mood tu,perempuan nak kena buat apa ye ? Nanti bila dia okay, dia akan cari kita balik ke ? Tqq

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    Trending

    10 Cara Pujuk Perempuan

    By Hana FizaNovember 17, 2024

    Kenapa Suami Mencari Wanita Lain

    By Hana FizaNovember 16, 2024

    10 Tanda Pasangan Dah Tak Sayang Kita

    By Hana FizaNovember 15, 2024
    Pilihan Editor

    Kenapa Suami Cemburu Berlebihan

    By Hana FizaNovember 5, 2024

    Suami yang cemburu berlebihan mengalami perasaan curiga, tidak selamat dan tidak percaya yang melampau terhadap…

    Kenapa Suami Tak Beri Nafkah Batin

    November 4, 2024

    Tips Banyak Air Ketika Bersama Suami

    November 3, 2024

    Perasaan Lelaki Apabila Disentuh

    November 2, 2024
    About Us
    About Us

    Your source for the intimacy, husband and wife tips and relationship.

    Email Us: [email protected]

    Latest

    Cara Buat Suami Rindu

    November 20, 2024

    Cara Approach Lelaki

    November 20, 2024

    30 Contoh Ayat Pickup Lines Melayu

    November 19, 2024

    10 Topik Borak Dengan Perempuan

    November 19, 2024

    Kisah Suami Isteri Baru Berkahwin

    November 19, 2024
    Intim.my
    Facebook Instagram TikTok
    • Home
    • Marriage & Intimacy
    • Relationship
    • About Us
    • Contact Us
    © 2025 Intim.my

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.