Internet pada masa kini menyediakan dan memberi pelbagai kemudahan kepada kita untuk melakukan apa-apa sahaja aktiiti harian kita. Sebagai contoh kita tidak perlu lagi untuk meninggalkan rumah untuk membeli barang, bersenam mahupun membeli makanan, kerana kesemuanya boleh dilakukan secara online sambil anda duduk di rumah sahaja. Jadi prinsip yang sama boleh diaplikasikan apabila anda ingin mengetahui cara untuk ukur saiz cincin anda.
Ini kerana ramai yang masih keliru dengan teknik dan cara ukur saiz cincin ini. Ramai yang beranggapan bahawa sekiranya ingin ukur saiz cincin, mereka perlu ke kedai barang kemas untuk mendapat ukuran.
Jika anda adalah seorang lelaki yang merancang ingin membuat kejutan kepada pasangan anda, semoga artikel ini dapat membantu anda. Kami juga ingin berkongsi dengan anda wahai lelaki tentang ciri-ciri lelaki idaman wanita agar anda boleh sedikit sebanyak mempelajari ilmu baru.
Jadi bagaimana untuk ukur saiz cincin di rumah ? Apa langkah-langkah untuk ukur saiz cincin ?
Tidak perlu khuatir kerana pada hari ini izinkan kami untuk berkongsi dengan anda teknik ukur saiz cincin anda di rumah.
Kaedah mengukur saiz cincin
Kaedah yang akan kami kongsi dengan anda mungkin nampak remeh tetapi kaedah ukur saiz cincin ini adalah yang paling senang dan sesiapa sahaja boleh melakukannya untuk mengukur saiz cincin mereka.
Sekiranya anda ingin panduan tambahan dan ingin melihat cara ukur saiz cincin ini, boleh rujuk video dari YouTube di sini.
Jadi mari kita kupas tentang cara untuk mengukur saiz cincin di jari. Jangan risau kami akan huraikan dengan teliti agar anda mudah faham dan tidak keliru.
Sebelum itu, anda perlu menyediakan beberapa peralatan yang akan anda gunakan untuk ukur saiz cincin.
Peralatan yang perlu disediakan
- Pen/pensel
- Kertas (lebar kertas jangan lebih dari 0.5cm)
- Pembaris (ada ukuran milimeter)
Cara ukur saiz cincin untuk orang Malaysia
- Anda perlu memulakan perjalanan ukur saiz cincin anda dengan memotong kertas yang anda sediakan sebentar tadi dan potong secara memanjang dan pastikan lebar kertas anda adalah lebih kurang 1 sentimeter.
- Jangan potong lebar kertas anda terlalu nipis dan pastikan lebar adalah 1 sentimeter agar dapat memudahkan urusan anda sewaktu hendak mengukur nanti.
- Setelah memotong, ambil kertas tadi dan apa yang anda perlu lakukan adalah lingkarkan kertas tadi kepada jari yang anda ingin sarungkan cincin.
- Pastikan anda membuat dengan tenang dan lemah-lembut kerana dikhuatiri kertas anda akan koyak sekiranya anda membuat dengan ganas.
- Pastikan lingkaran kertas anda tidak terlalu ketat dan tidak terlalu longgar. Ini kerana langkah ukur saiz cincin yang ini adalah penting dan anda perlu lakukan dengan cermat.
- Setelah anda mendapatkan lingkaran kertas yang sempurna untuk jari anda, apa yang anda perlu lakukan sekarang adalah mengambil pen atau pensel dan tandakan di mana lapisan kertas tadi berlapis.
- Satu tips untuk anda, mungkin anda boleh mendapatkan bantuan dari kawan anda untuk menandakan kertas anda tadi agar dapat ukuran dan tanda yang lebih tepat. Jika anda boleh melakukan dengan sendiri maka teruskan dan tanda.
- Kemudian anda perlu mengambil pembaris dan ukur tanda yang anda tandakan menggunakan pen anda sebentar tadi. Pastikan anda membaca ukuran pembaris anda dengan tepat. Perlu diingat bahawa anda tidak perlu membundarkan nombor ukuran anda. Biar sahaja ukuran tersebut dalam bentuk yang asal. Dapatkan ukuran anda dalam sentimeter (cm).
- Cara ukur saiz cincin yang seterusnya adalah anda perlu tulis jumlah ukuran anda sebentar tadi ke atas kertas anda agar anda tidak lupa akan jumlah ukuran anda.
- Kemudian, anda perlu merujuk kepada ring size chart untuk mendapatkan saiz cincin anda. Boleh membuat carian di Google sendiri untuk mendapatkan lebih maklumat dengan kata kunci ring size chart.
- Pastikan anda mengukur ukur lilit anda dalam sentimeter.
- Kemudian rujuk pada Asian Size untuk mendapatkan saiz cincin anda yang ideal.
- Selesai sudah urusan anda ukur saiz cincin anda.
Akhir kalam
Diharapkan agar perkongsian ini dapat memudahkan urusan anda dalam mencari cincin yang sempurna dan ideal untuk anda ataupun pasangan anda.
Semoga bermanfaat.