Close Menu
Intim.my
    Terkini

    Cara Buat Suami Rindu

    Cara Approach Lelaki

    30 Contoh Ayat Pickup Lines Melayu

    Facebook X (Twitter) Instagram
    Intim.my
    • Home
    • Marriage & Intimacy
    • Relationship
    • About Us
    • Contact Us
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Intim.my
    You are at:Home / Marriage & Intimacy
    Marriage & Intimacy

    Cara Romantik Dengan Suami (Supaya Tak Berubah Selepas Kahwin)

    Hana FizaBy Hana FizaDecember 1, 20211 Comment5 Mins Read
    Facebook WhatsApp
    Cara romantik dengan suami

    Soalan panas yang kerap ditanya oleh kaum wanita bukan sahaja di Malaysia, malah di seluruh dunia adalah kenapa lelaki tak romantik. Atau lebih tepat lagi, kenapa lelaki Melayu tak romantik? Jadi, izinkan kami berkongsi cara romantik dengan suami, supaya dia tak cari lain.

    Langkau artikel ini untuk dapatkan tips malam pertama berkahwin, suami isteri.

    Apa itu romantik?

    Mengikut Collins Dictionary, romantik ialah terjemahan sifat seseorang yang romantis, dengan melakukan perkara-perkara romantis dengan perkataan. Dan juga melakukan perkara-perkara yang membuat pasanganna seperti isteri, suami, teman wanita, atau teman lelaki rasa sangat istimewa dan disayangi.

    Walaupun sesetengah daripada kaum wanita yang menanyakan soalan ini sebenarnya terlalu dibendung oleh drama harian di kaca TV, namun dalam realitinya benar kebanyakan lelaki (bukan semua) tak menunjukkan sifat romantik mereka.

    Cara romantik dengan suami

    Oleh itu, berikut adalah beberapa sebab yang telah kami senaraikan tentang kenapa lelaki tak romantik. Lihat jenis lelaki ini dan ciri-ciri mereka, yang membuatkan ramai orang tak faham.

    Izinkan kami berkongsi.

    Isteri perlu tunjukkan perasaan sayang, penuh emosi

    Kaum lelaki sememangnya diketahui sebagai kaum yang susah untuk menunjukkan perasaan sedih atau romantik mereka di khalayak ramai. Mereka ini jenis yang susah nak luah perasaan.

    Ianya bukan satu penyakit tetapi lebih kepada sifat dalaman lelaki itu sendiri. Ada kalanya kaum lelaki tersebut berasa malu dan kekok untuk tunjukkan perasaan mereka walaupun kepada pasangan mereka sendiri.

    Namun begitu, walaupun kaum lelaki tersebut tak menunjukkan apa yang dirasakan mereka kepada orang tersayang dan khalayak ramai, tak semestinya mereka tak rasa sayang kepada pasangan mereka.

    Kadangkala kasih sayang atau sifat romantik itu ditunjukkan melalui pengorbanan dan perbuatan seseorang lelaki itu terhadap kebahagiaan pasangan mereka. Dia cuma tidak suka menunjukkan sifat kasih sayang dan kemesraan.

     

    Isteri jangan malu depan orang ramai

    Bukannya tidak sayang, cuma rasa malu dan agak pelik bila tunjukkan romantik depan orang ramai. Ada juga suami yang rasa malu mahu tunjukkan rasa romantik pada isteri depan anak-anak.

    Cuma, janganlah sampai malu di dalam bilik tidur. Kasihan isteri.

     

    Perempuan kena buang sifat ego

    Salah satu sifat biasa yang ada pada kaum lelaki adalah sifat ego. Sifat ego atau tidak mahu mengalah ini menyebabkan kaum lelaki sentiasa menyembunyikan perasaan sebenar apabila berada dengan pasangan mereka.
    Mereka akan berasa kekok dan malu untuk tunduk kepada perasaan mereka dan oleh itu, menyebabkan mereka dilabel sebagai tak romantik kerana terlalu mengikutkan ego mereka sendiri.
    Adakah malu itu juga ego? Bergantung pada keadaan.

     

    Tunjukkan bahawa romantik itu penting

    Bagi lelaki yang mungkin hatinya sedikit keras, dia akan mengatakan buat apa mahu romantik-romantik. Tidak penting semua itu.

    Asalkan bertanggungjawab dan memberi nafkah yang sepatutnya, itu sudah lebih dari cukup.

    Didoakan agar lelaki yang mempunyai sifat acuh tak acuh begini, agar dilembutkan hatinya.

     

    Sesekali, belanja orang lelaki

    Ada lelaki yang beranggapan, jika mahu romantik, banyak modal kena keluarkan. Siap kena beli bunga, makan di tempat yang mahal dan hadiah yang membuatkan pasangan senyum hingga ke telinga.

    Hakikatnya, perempuan tidak mahu pun layanan hingga sebegitu.

    Namun, jika ada, apa salahnya.

     

    Cuba selami kisah silam suami

    Kisah silam pahit yang dialami oleh kaum lelaki tersebut seperti ditinggalkan untuk lelaki lain, dicurangi dan lain-lain menyebabkan lelaki tersebut serik dengan hubungannya yang sebelum ini.

    Disebabkan oleh itu, mereka mengambil keputusan untuk membuang sifat romantis mereka kerana takut perkara silam yang berlaku tersebut menghantui mereka semula.

    Apa yang anda boleh buat adalah memberi mereka masa untuk sembuh dan memberikan kata-kata semangat dan keyakinan kepada mereka tentang hubungannya sekarang.

     

    Cara romantik dengan suami, urut dia lepas balik kerja

    Kadangkala kaum lelaki menjadi tak romantik kerana mereka sering dibendung dengan perasaan penat bekerja dalam menyara keluarga tersayang mereka.

    Walaupun mereka tak tunjukkan sifat romantis mereka itu, tak semestinya mereka tak sayang kepada pasangan mereka. Disebabkan oleh terlalu penat dan letih, mereka lebih cenderung menyembunyikan kepenatan mereka tanpa luahan perasaan atau emosi daripada mereka sendiri.

    Oleh itu, sifat romantis mereka telah disembunyikan di sebalik penat lelah kaum lelaki yang sering bekerja keras untuk mencari rezeki demi keluarga mereka. Hinggakan, pasangannya tertunggu-tunggu kerana lambat balas mesej.

     

    Cara romantik dengan suami, layankan hobi dia

    Setiap lelaki pasti ada minat yang tersendiri. Kadang-kadang, dengan hobi itulah yang membuatkan dia renggang dengan pasangan.

    Apabila kuat sangat melayan hobi dengan kawan-kawan, pasangannya tidak dilayan. Romantik, jauh sekali. Bila ditegur, merajuk. Sangat susah nak pujuk lelaki merajuk. Lagipun, lelaki ialah makhluk yang susah mahu luahkan perasaan dan kuat merajuk serta susah mahu pujuk.

    Jika terjadinya perkara sebegini, disarankan agar si perempuan itu ikut sekali dengan minat si lelaki itu.

     

    Jangan jadi fake

    Siaran drama di kaca TV sering meletakkan ‘standard’ atau jangkaan yang tinggi kepada kedua-dua kaum lelaki dan perempuan dalam menjalani kehidupan seharian mereka.

    Apabila kaum perempuan menonton siaran drama, mereka akan lebih cenderung untuk mengharapkan reaksi daripada pasangan mereka sendiri iaitu menjadi romantik sama seperti watak dalam drama tersebut.

    Itulah yang menyebabkan diri si perempuan itu tergila-gilakan lelaki romantik, yang pandai memujuk.

    Oleh itu, jika kaum lelaki tak lakukan perkara yang mereka harapkan, maka disebabkan itu kaum lelaki sering dilabel sebagai tak romantik dan tak menyayangi pasangan mereka.

     

    Akhir kalam

    Kesimpulannya, lelaki sebenarnya bukanlah tak romantik tetapi mereka cuma malas nak tunjuk emosi dan perasaan mereka terhadap orang tersayang. Ia selalunya disebabkan oleh ego mereka yang tinggi dan sukar untuk tunjuk perasaan sayang mereka.

    Walaupun ada cara romantik dengan suami, ia tidak menjamin suami akan terus suka pada kita. Si isteri kena pandai main tarik tali juga.

    Jemput juga baca cara buat lelaki rindu pada kita.

    Semoga bermanfaat.

    Hana Fiza

    Related Posts

    Cara Buat Suami Rindu

    By Hana FizaNovember 20, 2024

    30 Contoh Ayat Pickup Lines Melayu

    By Hana FizaNovember 19, 2024

    Kisah Suami Isteri Baru Berkahwin

    By Hana FizaNovember 19, 2024

    10 Tanda Lelaki Ingin Bermanja

    By Hana FizaNovember 19, 2024
    View 1 Comment

    1 Comment

    1. Syazana Azahan on May 5, 2019 7:21 am

      Hahahaha Kan! Lelaki romantik sebenarnya!

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    Trending

    10 Cara Pujuk Perempuan

    By Hana FizaNovember 17, 2024

    Kenapa Suami Mencari Wanita Lain

    By Hana FizaNovember 16, 2024

    10 Tanda Pasangan Dah Tak Sayang Kita

    By Hana FizaNovember 15, 2024
    Pilihan Editor

    Kenapa Suami Cemburu Berlebihan

    By Hana FizaNovember 5, 2024

    Suami yang cemburu berlebihan mengalami perasaan curiga, tidak selamat dan tidak percaya yang melampau terhadap…

    Kenapa Suami Tak Beri Nafkah Batin

    November 4, 2024

    Tips Banyak Air Ketika Bersama Suami

    November 3, 2024

    Perasaan Lelaki Apabila Disentuh

    November 2, 2024
    About Us
    About Us

    Your source for the intimacy, husband and wife tips and relationship.

    Email Us: [email protected]

    Latest

    Cara Buat Suami Rindu

    November 20, 2024

    Cara Approach Lelaki

    November 20, 2024

    30 Contoh Ayat Pickup Lines Melayu

    November 19, 2024

    10 Topik Borak Dengan Perempuan

    November 19, 2024

    Kisah Suami Isteri Baru Berkahwin

    November 19, 2024
    Intim.my
    Facebook Instagram TikTok
    • Home
    • Marriage & Intimacy
    • Relationship
    • About Us
    • Contact Us
    © 2025 Intim.my

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.