Bagaimana cara lelaki pemalu meluahkan perasaan? Jika dia pendiam, macam mana mahu lafazkan rasa cinta pada perempuan yang dia suka? Jemput baca.
Orang perempuan mahu dengar lafaz cinta
Sifat orang perempuan, apa yang ada dalam hatinya, akan keluar di mulut. Sebaliknya, lelaki tidak begitu. Pastinya ada sebab kenapa lelaki susah nak luahkan perasaan. Suka, tetapi malu nak cakap barangkali. Hanya ambil sifat berdiam diri sahaja.
Sebelum ini, pastikan lelaki ini ada ciri ciri lelaki idaman dahulu.
Cara lelaki pemalu meluahkan perasaan
Kalau jenis pemalu dan pendiam, tentu kita curious mahu tahu macam mana cara lelaki pemalu luahkan perasaan?
Kami senaraikan, apakah tanda lelaki pemalu sukakan kita dan bagaimana dia meluahkan perasaan.
Melalui Whatsapp
Ada yang jenis malu untuk cakap depan-depan. Tapi bila dia tapi mesej, laju menderu-deru.
Jadi, sebagai perempuan, anda harus faham bahawa ketakutan itu memang ada.
Tulis status di Facebook & Instagram
Jenis lelaki ini, dia tak terus tulis atau tag anda. Dia akan tulis status yang agak kabur, tidak tahu siapa penama yang dimaksudkan dalam status itu.
Jika ada follow dia, cari-carilah hint sebegini.
Melalui perbuatan
Orang yang sayang kita, sanggup buat apa sahaja.
Cuma ada jenis perempuan yang suka ambil kesempatan dengan kebaikan seorang lelaki.
Bagi perempuan yang bukan jenis ambil kesempatan, dia akan nampak yang seorang lelaki yang suka dia akan buat apa sahaja untuk menarik hati. Bukan atas tujuan untuk pujian, tetapi ada satu rasa yang tidak boleh digambarkan.
Percayalah, cara lelaki pemalu meluahkan perasaan ialah dengan perbuatan. Apa yang ditunjukkan di hadapan kita, ialah sifat dia yang sebenar.
Bukan melalui kata-kata
Bukankah lelaki jenis ini pemalu dan pendiam? Sudah tentu untuk bercakap secara direct itu bukan pilihan.
Usahlah risau jika ungkapan dari bibir itu tidak kendengaran.
Biarlah perbuatan yang dijadikan sandaran.
Kenapa lelaki pemalu sukar meluahkan perasaan?
Tidak semua lelaki pemalu dan pendiam cukup berani melafazkan cinta. Ada yang diam hinggakan tidak cakap apa-apa langsung.
Pastinya, ramai perempuan yang selalu menyatakan kekecewaan mereka apabila bagaikan bercakap seorang diri. Si lelaki buat tak tahu. Macam tak ada apa-apa perasaan. Tak ada respon langsung.
Senyap.
Diam.
Membisu.
Mulalah tertanya-tanya, kalau ada masalah, kenapa tak luahkan?
Soalnya di sini, kenapa lelaki susah nak luahkan perasaan?
Izinkan kami berkongsi.
Lelaki pemalu ada penyakit alexithymia
Gerun pula bunyinya, bukan?
Menurut PsychologyToday, alexithymia ialah terma untuk seseorang yang mempunyai masalah untuk meluahkan emosinya dalam bentuk perkataan. Ia bagaikan satu konflik identiti, di mana lelaki maskulin selalunya tidak begitu.
Jarang sekali kita lihat lelaki yang bersungguh-sungguh bercerita, hingga tangan ke atas bawah, kiri dan kanan.
Kecuali lelaki yang golongan satu lagi itu. Faham kan?
Lelaki pemalu memang tak pandai meluahkan perasaan
Mendengar luahan seseorang, itu boleh dipanggil caring. Kalau meluahkan pula, dipanggil apa?
Sejujurnya, cara lelaki meluahkan perasaan itu tidak sama dengan perempuan.
Meluahkan perasaan dan beremosi itu tidak ada dalam kamus lelaki. Dia tidak pandai untuk bermain emosi. Usah ditanya mengapa begitu.
Orangnya jenis lurus. Emosinya juga menjalar dengan garis lurus.
Lelaki pemalu ada sejarah silam tentang keluarga
Tak semua lelaki mempunyai kisah yang penuh dengan warna-warni.
Berlatar belakangkan pelangi, di samping kehadiran seekor unicorn fantasi yang berlari sana-sini.
Cara dia dibesarkan, tidak sama. Silap haribulan, si lelaki ini adalah mangsa keganasan rumah tangga.
Mungkinkah cara lelaki ini luahkan perasaan dalam diam; adalah dengan menyendiri?
Lelaki pemalu tak meluahkan perasaan kerana ego
Kena faham, lelaki pun ada ego dia sendiri. Bila luahkan perasaan, rasa bagaikan tidak macho pula.
Bila lelaki luahkan perasaan, rasa macam bukan diri dia sendiri.
Tak usah ego berlama-lama, akan memakan diri sendiri.
Lelaki pemalu ini menyembunyikan sesuatu
Orang yang menyimpan sesuatu perkara, dan tidak mahu diketahui, akan nampak terlalu berhati-hati.
Bukannya berhati-hati dalam komunikasi sahaja, setiap butir perkataan dari mulutnya bagaikan melalui penapis air Coway (atau Cuckoo).
Adakah ini tandanya dia lelaki curang?
Atau mungkinkah dia tidak mahu menyakiti hati pasangannya jika berterus terang?
Lelaki pemalu ini takut kena reject
Ada jenis lelaki yang masih lagi belum mempunyai pasangan, tapi dia terlalu menaruh harapan pada si perempuan. Yang jadi masalahnya ialah dia tidak berani berterus-terang secara berhadapan.
Ya, inilah ketakutan yang maha hebat. Ramai lelaki yang tak pandai nak memulakan perbualan. Lebih suka bersembang dengan kawan-kawan sendiri, tapi tak berani cakap depan-depan perempuan yang dia suka.
Wahai lelaki, bangkitlah. Belajarlah kena ‘reject‘, jangan berhati tisu sangat. Kalau tidak, sampai bila mahu berbini.
Dia takut dia tak layak
Lebih kurang sama dengan takut dikecewakan. Dalam fikiran si lelaki ini, si perempuan meletakkan standard setinggi Menara Berkember KLCC.
Hakikatnya, si perempuan sudah melabuhkan hajat di hati. Ini cuma tentang persepsi.
Lelaki pendiam ini tak percaya orang lain
Ada jenis lelaki yang dia memang suka buat kerja sendirian.
Apa-apa keputusan yang dia bakal ambil pun, dia buat secara bersendirian. Kalau bercerita pada orang lain, belum tentu orang itu dengar. Lebih-lebih lagi pada si perempuan.
Maka, di sini, sudah wujud persepsi berat sebelah. Menghukum sebelum ia berlaku, itu tidak perlu.
Lelaki pemalu ini tak mahu beri komitmen
Ini satu lagi. Bila sudah berkawan, takut pula mahu mengikat tali pertunangan untuk ke jinjang pelamin.
Belum bersedialah, duit belum cukuplah, dan macam-macam lagi alasan.
Kalau tak mahu komitmen, jangan serius berkawan dengan perempuan. Luka hati si perempuan itu nanti, kalau terlalu berharap.
Orang perempuan pula, bila tanya lelaki; dan dia hanya diam membisu, jangalah pula berkeras mahu tahu. Cuba berikan ruang secukupnya dahulu.
Dia lelaki yang baik
Bertuahlah siapa yang dapat lelaki jenis ini. Dengan syarat, lelaki ini tak pandai luahkan perasaan kerana mahu menghalalkan dulu perhubungan dengan si perempuan.
Juga jenis tak pandai merajuk.
Bila sudah halal sepenuhnya nanti, dia akan luahkan segala ruang dalam hatinya.
Adakalanya, ini adalah retorik semata-mata. Sesudah berkahwin, dia terus zip mulutnya.
Orang yang sudah berkahwin, tentu akan faham.
Akhir kalam
Demikianlah perkongsian cara lelaki pemalu meluahkan perasaan.
Namun, janganlah apabila si lelaki itu tidak meluahkan perasaan dan melafazkan dengan perkataan, kita rasa marah.
Jagalah perasaan masing-masing. Rumah tangga yang harmoni, datangnya dari seni komunikasi.
Janganlah hidup hanya untuk mencari gaduh dengan si perempuan. Untuk lelaki selalu menunjukkan ego, cubalah kikis sedikit sikap itu.
Semoga perhubungan anda sentiasa dirahmati Allah.
Semoga bermanfaat.
2 Comments
Assalamualaikum emmm ni telefon mak sye e-mail tu pon sye punye sye nak tnye skit knape lelaki yg btul2 sukekan kite tak pernah ambil tahu pasal hal kite and dia tak pernah pon bagitahu dkt kwn2 dia yang dia sukakan saya kecuali sepupu dia tu dia ingin berkawan dengan saya tapi dia malu dah 4 tahun dia simpan perasaan dia kat saya. 😫😭
Ni e-mail mak sye punye