Close Menu
Intim.my
    Terkini

    Cara Buat Suami Rindu

    Cara Approach Lelaki

    30 Contoh Ayat Pickup Lines Melayu

    Facebook X (Twitter) Instagram
    Intim.my
    • Home
    • Marriage & Intimacy
    • Relationship
    • About Us
    • Contact Us
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Intim.my
    You are at:Home / Relationship
    Relationship

    7 Tanda Lelaki Permainkan Kita (Tak Serius Dalam Bercinta)

    Hana FizaBy Hana FizaJune 30, 20221 Comment5 Mins Read
    Facebook WhatsApp
    Tanda lelaki permainkan kita

    Dah bertahun-tahun menyemai cinta tapi masih lagi tak nampak bayangan untuk beralih ke fasa pertunangan atau perkahwinan. Si dia pula macam tak serius dengan hubungan ini dan kini kita rasa seperti dipermainkan. Tapi, kita tak boleh tuduh sebarangan dan kena cari tahu dulu apakah tanda lelaki permainkan kita sebelum membuat apa-apa keputusan.

    Kalau betullah kita ini dipermainkan. Memang sia-sia sajalah hubungan yang dah kita bina bertahun-tahun itu.

    Namun, jangan risau. Anda tidak keseorangan kerana kami telah senaraikan beberapa tanda lelaki permainkan kita yang perlu diketahui untuk mengelakkan anda dari dipergunakan selama-lamanya.

    Izinkan kami berkongsi.

    Tanda lelaki permainkan kita

    Berikut merupakan tanda-tanda lelaki mempermainkan kita yang dapat dikenalpasti sebelum terlambat.

    1. Sentiasa merahsiakan semua perkara termasuk tentang diri dia

    Memang betul ada lelaki yang suka berahsia walaupun dengan pasangan dia sendiri. Tapi dalam hal ini, kalau lelaki itu asyik sorok semua perkara daripada pengetahuan kita. Mestilah ada sesuatu yang tak kena dengan hubungan itu.

    Orang lelaki ini kalau dia sayang kita, tak adanya dia nak sorok apa-apa dari kita terutamanya hal-hal berkaitan diri dia.

    Iyalah, bila kita dah bercinta ini bukan kita nak berkongsi perkara yang seronok saja. Mestilah adakalanya kita nak berkongsi masalah dan segala kekurangan kita dengan pasangan kita.

    Tapi kalau sepatah haram pun dia tak nak bagitahu kita. Memang dah sah kita ini tak penting pun untuk dia. Jadi ladies, please take a note!

     

    2. Lelaki permainkan kita dengan membuat kita selalu rasa tak cukup bagus

    Apabila kita bercinta dengan lelaki yang suka permainkan kita ini. Kita akan selalu rasa diri kita tak cukup bagus untuk dia. Tapi, sebenarnya bukan sebab kita yang patut rasa macam itu. Ini semua sebab si lelaki ini yang asyik suruh kita berubah jadi macam yang dia nak.

    Dia akan selalu banding-bandingkan kita dengan perempuan lain dan downgradekan diri kita macamlah dia itu bagus sangat. Selain dari itu, tak cukup dengan buat kita rasa rendah diri. Dia asyik salahkan kita dalam semua masalah yang timbul dalam hubungan itu.Tak pasal-pasal kita pula yang salah.

    Bila dah jadi macam ini, mestilah kita mula persoalkan macam mana hati lelaki yang sebenarnya.

     

    3. Lelaki permainkan kita apabila dia tak pedulikan kita langsung

    Inilah tanda yang paling sakit hati dibuatnya. Iyalah, sudah menjadi lumrah di dunia ini perempuan memang sukakan perhatian daripada pasangan dia.

    Tapi kalau dapat lelaki yang permainkan kita ini. Dia tak akan kisah langsung apa yang nak jadi dengan kita. Sama ada kita dah makan ke atau sakit ke, sikit pun dia tak pedulikan kita langsung. Ibarat macam kita ini ada pun tak apa, tak ada lagi bagus.

    Dahlah memang tak pedulikan kita langsung. Kita ada dekat sebelah dia pun dia buat tak tahu saja. Kita pula yang nampak macam terhegeh-hegeh dengan dia.

     

    4. Tak akan cuba kenalkan kita dengan keluarga atau kawan-kawan dia

    Kalau dah bercinta bertahun-tahun tapi sampai ke sudah pun kita tak kenal siapa mak ayah dia atau kawan-kawan dia. Mestilah dia tak serius dengan hubungan itu. Dari situ pun dah nampak yang dia ini cuma nak permainkan kita.

    Ada masanya juga, bila kita terserempak dengan sesiapa pun kenalan dia. Dia akan cuba mengelak untuk bagitahu yang kita ini girlfriend dia ke apa dan buat-buat macam kita ini tak wujud dekat situ.

    Dan sesungguhnya, mana-mana orang pun kalau dah bercinta lama dan memang niat nak menghalalkan hubungan itu. Mesti dia akan perkenalkan kita dengan orang yang terdekat dengan dia tak kisahlah keluarga atau kawan-kawan dia.

    Ini tak, jangan kata nak kenalkan dengan keluarga ke apa. Kita nak follow akaun media sosial dia pun dia tak bagi.

    Sampainya hati.

     

    5. Lelaki permainkan kita dengan berlaku curang

    Lelaki yang suka permainkan perempuan ini mana cukup seorang. Mesti diam-diam dia akan curang dengan kita. Itupun kalau kantoi dengan kita. Kalau tak, sampai ke sudahlah kita tak tahu yang kita ini bukan satu-satunya perempuan yang dia nak.

    Yang kita ini pula memang tak syak langsung dia ini curang dengan kita. Sampaikan semua benda yang dia cakap pun kita percaya saja.

    Masalahnya, andai kata kita tahu dia curang. Dia sikit pun tak rasa serba salah atau cuba nak minta maaf. Bila kita dah tawar hati pandai pula dia pujuk dan gunakan segala ayat cinta dia untuk kembali dengan kita semula. Itupun belum tentu dah serik.

     

    6. Suka bagi harapan palsu tapi tak pernah tunaikan

    Salah satu tanda lelaki permainkan kita adalah bila dia suka bagi harapan palsu dan tabur semua janji manis tapi satu pun dia tak pernah tunaikan.

    Dia cuma suka berkata-kata untuk buat kita percayakan dia dan selepas itu dia akan hancurkan kepercayaan yang kita bagi pada dia dan gunakan kita untuk kesenangan dia saja. Nanti bila waktu kita susah, dia akan tinggalkan kita terkapai-kapai seorang diri.

    Tahu-tahu dah lost contact.

     

    7. Lelaki permainkan kita dengan tak berlaku jujur atau menipu kita

    Lelaki ini kalau dia betul-betul ikhlas sayangkan pasangan dia, dia tak akan tipu sana sini. Tapi, untuk lelaki yang permainkan kita, dia sangat suka menipu kita. Dia tak akan jujur dengan kita walaupun hal itu kita patut tahu.

    Masalahnya, dia bukan menipu sebab tak nak kita risau ke apa. Tapi menipu untuk melepaskan diri dan kepentingan dia supaya semua itu dapat tutup kebohongan yang dia lakukan belakang kita.

    Paling sedih kalau sepanjang hubungan itu berjalan, dia tak pernah sekali pun jujur atau bercakap yang benar dengan kita. Sedih kan?

     

    Akhir kalam

    Kesimpulannya, jika kita bercinta dengan lelaki yang ada ciri-ciri lelaki permainkan kita ini. Lebih baik kita jauhkan diri dari awal. Putuskan sahaja hubungan itu terlebih dahulu daripada kita merana di kemudian hari.

    Namun, kita kena tahu yang tak semua lelaki itu sama. Dalam dunia ini ada banyak lagi lelaki yang baik dan betul-betul ikhlas dalam perhubungan. Jadi, sentiasalah berdoa agar kita dijodohkan dengan lelaki yang benar-benar mencintai kita.

    Semoga bermanfaat.

    Hana Fiza

    Related Posts

    Cara Approach Lelaki

    By Hana FizaNovember 20, 2024

    10 Topik Borak Dengan Perempuan

    By Hana FizaNovember 19, 2024

    14 Tanda Lelaki Suka Kita Tapi Malu

    By Hana FizaNovember 19, 2024

    10 Tanda Seseorang Minat Kita Dalam Diam

    By Hana FizaNovember 19, 2024
    View 1 Comment

    1 Comment

    1. JAIDI BAYA on November 1, 2022 4:34 am

      Bukan saya

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    Trending

    10 Cara Pujuk Perempuan

    By Hana FizaNovember 17, 2024

    Kenapa Suami Mencari Wanita Lain

    By Hana FizaNovember 16, 2024

    10 Tanda Pasangan Dah Tak Sayang Kita

    By Hana FizaNovember 15, 2024
    Pilihan Editor

    Kenapa Suami Cemburu Berlebihan

    By Hana FizaNovember 5, 2024

    Suami yang cemburu berlebihan mengalami perasaan curiga, tidak selamat dan tidak percaya yang melampau terhadap…

    Kenapa Suami Tak Beri Nafkah Batin

    November 4, 2024

    Tips Banyak Air Ketika Bersama Suami

    November 3, 2024

    Perasaan Lelaki Apabila Disentuh

    November 2, 2024
    About Us
    About Us

    Your source for the intimacy, husband and wife tips and relationship.

    Email Us: [email protected]

    Latest

    Cara Buat Suami Rindu

    November 20, 2024

    Cara Approach Lelaki

    November 20, 2024

    30 Contoh Ayat Pickup Lines Melayu

    November 19, 2024

    10 Topik Borak Dengan Perempuan

    November 19, 2024

    Kisah Suami Isteri Baru Berkahwin

    November 19, 2024
    Intim.my
    Facebook Instagram TikTok
    • Home
    • Marriage & Intimacy
    • Relationship
    • About Us
    • Contact Us
    © 2025 Intim.my

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.