Pada masa kini, aplikasi seperti Whatsapp, Telegram dan seumpamanya merupakan salah satu platform yang lebih sistematik searus penggunaan teknologi yang semakin maju. Namun begitu, penggunaan aplikasi ini kadangkala menjadi punca salah faham antara pasangan, contohnya kenapa perempuan hide bluetick?
Jangan main-main. Perkara-perkara sekecil ini memang boleh buat gaduh suami isteri.
So, dalam penulisan kali ini kami akan memberikan serba sedikit gambaran kepada lelaki yang ingin tahu apa puncanya. Adakah dah memang jadi hobi perempuan untuk hide bluetick atau ada sebab lain?
Mari ikuti perkongsian kami.
Kenapa perempuan suka hide bluetick?
Untuk pasangan suami isteri, berikut merupakan beberapa sebab yang dapat kami senaraikan di mana ia mungkin menjadi salah satu punca kenapa perempuan hide bluetick:
1. Dia hide bluetick sebab merajuk
Perempuan kalau dengan merajuk memang berpisah tiada. Ini rasanya salah satu punca yang sangat dipastikan. Mana-mana perempuan pun kalau dah merajuk, memang dia akan cuba untuk menjauhkan diri dari lelaki.
Kalau lelaki tanya apa-apa pun dia akan diam je. Dia akan kunci mulut dia dari bercakap sepatah perkataan pun. Jadi tidak peliklah kalau dia merajuk, dia guna cara hide bluetick itu supaya lelaki ini tahu yang dia tengah merajuk dan nak dipujuk.
Lelaki pun janganlah lurus sangat, tidak perlu tunggu dia bagitahu kenapa. Call dan tanya terus kan senang.
2. Mungkin benci yang teramat
Ini pun mungkin jadi salah satu puncanya. Mungkin anda pernah dengar orang kata, “perempuan ini kalau dia sayang, dia sayang sangat. Kalau dia benci, dia benci sangat sampaikan nama orang itu pun dia tak nak dengar”.
Jadi, sebab dia dah menyampah sangat dengan lelaki itu. Maka dia ambil langkah selamat dengan hide bluetick dia dari lelaki itu supaya lelaki itu tidak tahu yang dia tak suka atau benci lelaki itu.
Mungkin perempuan ini fikir tak nak lelaki itu nampak sangat yang dia tak suka. Orang kata masih menjaga hati gitu.
3. Dia rasa sentap
Tidak semua orang kalau dalam keadaan terasa hati atau kecewa itu akan ok sahaja. Begitu juga kalau perempuan hide bluetick. Kadang-kadang perempuan ini dia nak take time sebelum baca mesej lelaki yang buat dia sakit hati.
So, cara yang paling mudah adalah dengan hide bluetick itu.
Sekurang-kurangnya, hati dia tak sakit sangat kalau lelaki itu tidak tahu dia dah baca mesej itu atau belum. Kadang-kadang biar lelaki yang buat dia sentap itu tertanya-tanya dia sudah baca atau belum.
Silap haribulan lelaki itu pula yang jadi sakit hati.
4. Perlukan perhatian lebih dari lelaki
Kadang-kadang dengan cara perempuan hide bluetick ini mampu buat lelaki bagi perhatian dekat dia. Mesti lelaki akan tanya dia kenapa buat macam itu atau dah baca mesej ke belum.
Bila perempuan hide bluetick, mesti lelaki akan risau. Nak-nak pula kalau time tengah gaduh ke. Mesti jadi tak senang duduk sebab tak tahu perempuan ini ok atau tidak.
So, ini salah satu cara untuk dapat perhatian lebih dari lelaki yang dia sayang.
5. Tak nak orang tahu dia dah seen atau belum
Ada juga sesetengah perempuan ini memang dia tidak nak lelaki atau sesiapa pun tahu dia dah seen atau belum. Sebenarnya, bila dia buat macam ni dia rasa sekurang-kurangnya dia ada privacy.
Perempuan nak rasa dia bebas untuk buat keputusan bila waktu dia perlu baca mesej itu atau tidak.
Dia tidak perlu fikir dia kena baca mesej on time atau kena bagi komitmen untuk baca mesej itu serta-merta. Jadi, untuk mengelakkan persepsi lelaki atau orang lain tentang bila masa dia akan baca mesej itu atau tidak, dia pilih untuk hide bluetick.
Akhir kalam
Cara hide bluetick untuk iPhone atau Android bersepah di Internet. Cari sahaja dan boleh cuba sendiri. Cuma kami tidak mahu asbab hide bluetick, hubungan jadi lebih teruk.
Apa-apa pun, diharapkan perkongsian ini dapat memberikan pencerahan kepada anda yang ingin tahu kenapa perempuan hide bluetick. Walau bagaimanapun, hide bluetick atau tidak hide bluetick adalah hak masing-masing yang tidak patut dipersoalkan oleh sesiapa.
Cara setiap orang kan berbeza-beza. Berfikirlah dengan lebih terbuka.
Sebagai tambahan, untuk isteri-isteri yang inginkan hubungan rumah tangga lebih bahagia dan harmoni. Belajarlah cara-cara untuk buat lelaki rindu. Anda kena tahu bahawa bukan perempuan sahaja yang perlu perhatian dan dimanjakan.
Semoga bermanfaat.
1 Comment
membongak