Close Menu
Intim.my
    Terkini

    Cara Buat Suami Rindu

    Cara Approach Lelaki

    30 Contoh Ayat Pickup Lines Melayu

    Facebook X (Twitter) Instagram
    Intim.my
    • Home
    • Marriage & Intimacy
    • Relationship
    • About Us
    • Contact Us
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Intim.my
    You are at:Home / Relationship
    Relationship

    8 Sebab Kenapa Perempuan Tawar Hati Dengan Lelaki

    Hana FizaBy Hana FizaJanuary 3, 20235 Comments4 Mins Read
    Facebook WhatsApp

    Kenapa perempuan tawar hati dengan lelaki? Bagi orang lelaki, memang susah nak jawab soalan ini.

    Ramai lelaki yang tak faham tabiat orang perempuan. Selalunya, apabila orang perempuan ini terasa hati atau tawar hati, dia tak akan marah. Dia rela diam seribu bahasa.

    Namun, itu ialah reaksi apabila dia sudah tawar hati.

    Tahu tak apa sebabnya?

    Kenapa perempuan tawar hati

    Tawar hati perempuan juga agak complicated.

    Secara asasnya, ada tiga golongan lelaki yang mungkin termasuk dalam kategori yang perempuan mungkin tawar hati:

    • Suami
    • Tunang
    • Kawan / teman lelaki (boyfriend)

    Kami akan cuba gabungkan kesemuanya.

    1. Perempuan tawar hati bila tahu lelaki curang

    Ini adalah sebab yang paling utama.

    Kalau sudah kata suka dan sayang kita, kenapa mesti nak berhubungan dengan perempuan lain?

    Baik yang belum berkahwin atau belum, ini bukanlah satu perlakuan yang baik. Bila curang, macam-macam perkara yang bermain dalam benak fikiran orang perempuan.

    Dia tak sanggup berkongsi.

    Akhirnya, ramai yang minta untuk berpisah.

     

    2. Perempuan tawar hati dengan lelaki yang suka menipu

    Kalau kena tipu sekali, mungkin boleh tahan lagi.

    Kalau sudah kali ke 12, mungkin bukan satu petanda yang baik.

    Namun, akibat sayang, ada juga perempuan yang sanggup bersama dengan lelaki penipu.

    Contohnya, sudah kahwin dikata bujang. Kata ada duit, tapi sebenarnya pokai.

    Macam-macam perangai lelaki.

     

    3. Tak serius dalam perhubungan

    Tak salah berkawan. Tapi kenapa mesti lama-lama macam tak ada ikatan perhubungan?

    Lelaki, kalau dia betul-betul suka akan seorang perempuan itu, dia akan terus jumpa mak ayah dia. Dia akan minta izin untuk menyunting si gadis itu menjadi suri hatinya.

    Jadi, kalau tak serius dan hanya mahu couple sahaja, buat apa?

     

    4. Perempuan tawar hati dengan lelaki ego

    Sebelum itu, baca dahulu sebab kenapa lelaki ego. Baru boleh mudah untuk faham kenapa perempuan tawar hati dengan lelaki jenis ego tak bertempat.

    Tak kiralah sudah berkahwin atau tidak, kadang-kadang ego lelaki terlalu tinggi. Asyik dia sahaja yang betul.

    Ini akan membuatkan perempuan terasa hati dengan sikap sebegitu.

     

    5. Lelaki banyak hutang

    Ini penting bagi yang sudah berkahwin. Biasalah, duit itu penting untuk sama-sama digunakan untuk keluarga.

    Lelaki janganlah buat pinjaman sana sini hingga membebankan isteri.

    Akhirnya, setiap bulan duit gaji banyak habis untuk bayar hutang sahaja.

     

    6. Selalu kena marah

    Sama seperti kena tipu.

    Kalau sekali kena marah, mungkin orang perempuan anggap itu salah dia. Dan si lelaki itu berhak untuk marah dia.

    Tapi kalau sudah berkali-kali, kadang-kadang ia akan membuatkan si perempuan itu tertanya-tanya dan bermonolog sendiri “Teruk sangat ke aku sampai selalu sangat kena marah?”

    Buat silap sedikit, pun kena marah.

    Lama-lama, hati pun jadi parah.

     

    7. Selalu kena abai

    Percaya tak, rasa kena abaikan ini lebih teruk dari kena marah?

    Kalau kena marah, paling tidak si lelaki itu bercakap juga dengan kita.

    Bila kena abai, depan mata pun buat tak tahu.

    Perasaan kena abai, sudah nak digambarkan dengan perkataan.

    Hanya yang pernah rasa akan faham.

     

    8. Perempuan tawar hati dengan lelaki yang tak boleh buat keputusan

    Hari ini dia kata lain, esok dia kata lain pula. Lelaki jenis ini ialah lelaki yang tak tetap pendirian.

    Kita dah bincang elok-elok, tapi akhirnya lelaki ubah perancangan asal.

    Keputusan pula dibuat di saat akhir tanpa persetujuan. Bukan sahaja boleh buat tawar hati, orang perempuan juga menyampah dengan lelaki yang tak ada pendirian. Kalau nak buat keputusan, lebih baik bincang dan stick pada apa yang sudah dipersetujui bersama.

     

    Akhir kalam

    Perempuan, sekali dah tawar hati, susah untuk dia kembali kepada keadaan normal. Lelaki kena rajin baca seperti di psiloveyou.xyz yang menyenaraikan bagaimana si lelaki boleh mengambil kembali hati si perempuan.

    Bukannya apa.

    Biasalah, kalau hati sudah tawar, letaklah sebanyak mana gula dan madu sekalipun, hatinya tetap tawar. Tak perlu tanya kenapa. Anda sendiri sudah tahu jawapannya.

    Jadi, buat lelaki di luar sana, hati-hati.

    Jaga hati dia, hati kita pun bahagia.

    Semoga bermanfaat.

    Hana Fiza

    Related Posts

    Cara Approach Lelaki

    By Hana FizaNovember 20, 2024

    10 Topik Borak Dengan Perempuan

    By Hana FizaNovember 19, 2024

    14 Tanda Lelaki Suka Kita Tapi Malu

    By Hana FizaNovember 19, 2024

    10 Tanda Seseorang Minat Kita Dalam Diam

    By Hana FizaNovember 19, 2024
    View 5 Comments

    5 Comments

    1. Ismail Bin Meswan on December 22, 2020 1:11 am

      Apa tandanya kalau isteri curang terlebih dahulu daripada suaminya

      Reply
    2. Ismail Bin Meswan on December 22, 2020 1:15 am

      Excuse me,
      Kadang-kadang isteri yg curang terlebih dahulu telah membuat suami mereka jadi seorang suami yg curang bukan suami nak curang faham tak!
      Suami yg baik untuk isteri yg curang memang sial!

      Reply
    3. NUR FARISHA on March 4, 2021 10:01 pm

      Ya kalau perempuan dah tawar hati susah untuk lelaki nk pujuk dia balik.Macam situasi aku sekarang aku rasa macam x seronok nk teruskan hubungan dgn boyfriend aku ya dia memang cuba nk berbaik dengan aku tapi jenis aku lak susah nak “back to normal” klau aku mulai rasa tawar hati.Bf aku orang luar so jealous tu memang ada so korang rasa perlukah aku teruskan relation ni?? Sebab aku pon confess dgn aku punya feelings so laki luar sana tu jagalah hati gf korang jgn buat diorang sakit hati

      Reply
    4. Nursyazwani Makkesar on May 29, 2021 11:31 pm

      Aku pn tkthu . Aku rasa confuse dngn perasaan aku . Aku tkrasa mcm dulu . Selalunya bila dye call atau chat , aku dengan cepatnya angkat dan buka chat . Tp skrng aku rasa lain , aku rasa mcm tkselesa , mcm rimasss . I dunnoo . Seriouslyy . Adakah ini jugak dikatakan salah satu daripada tawar hati ???

      Reply
    5. HUNA LENGLENG on August 8, 2021 12:52 am

      Rasa tawar hati sangat apabila selalu kena tipu 😌 tak boleh brbincg dgn cara elok, sntiasa nak beperang mlot dan sntiasa lelaki jela menng, naik malas and meluat dh dkat lelaki(boyfriend) kdg2. ad jodoh adaa laa, takdak jodoh trima . tu je leh cakap.

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    Trending

    10 Cara Pujuk Perempuan

    By Hana FizaNovember 17, 2024

    Kenapa Suami Mencari Wanita Lain

    By Hana FizaNovember 16, 2024

    10 Tanda Pasangan Dah Tak Sayang Kita

    By Hana FizaNovember 15, 2024
    Pilihan Editor

    Kenapa Suami Cemburu Berlebihan

    By Hana FizaNovember 5, 2024

    Suami yang cemburu berlebihan mengalami perasaan curiga, tidak selamat dan tidak percaya yang melampau terhadap…

    Kenapa Suami Tak Beri Nafkah Batin

    November 4, 2024

    Tips Banyak Air Ketika Bersama Suami

    November 3, 2024

    Perasaan Lelaki Apabila Disentuh

    November 2, 2024
    About Us
    About Us

    Your source for the intimacy, husband and wife tips and relationship.

    Email Us: [email protected]

    Latest

    Cara Buat Suami Rindu

    November 20, 2024

    Cara Approach Lelaki

    November 20, 2024

    30 Contoh Ayat Pickup Lines Melayu

    November 19, 2024

    10 Topik Borak Dengan Perempuan

    November 19, 2024

    Kisah Suami Isteri Baru Berkahwin

    November 19, 2024
    Intim.my
    Facebook Instagram TikTok
    • Home
    • Marriage & Intimacy
    • Relationship
    • About Us
    • Contact Us
    © 2025 Intim.my

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.