Pasti pernah terdetik dalam hati seorang perempuan, lebih-lebih lagi seorang isteri, kenapa lelaki ego sangat?
Bukan itu sahaja, ada isteri yang geram kerana bila sudah berkahwin, kenapa lelaki jarang mesej? Betul-betul lain sebelum berkahwin dulu.
Seharian menanti mesej di WhatsApp dan segala bagai sosial media adalah satu penantian yang tidak berpenghujung. Kalau balas mesej pun, balasannya pendek.
Sifat lelaki memang begitu
Para pembaca sekalian, pernah mengalami situasi di atas? Jika ya, pertama sekali fahamilah lelaki adalah makhluk yang jarang sekali berfikir tentang perhubungan. Akan tetapi, ia tidaklah bermakna si dia langsung tidak peduli akan insan yang dicintai, namun bagi mereka anda bukanlah tumpuan yang utama.
Dalam hati, mesti terfikir, “Kenapa lelaki mengelak dari perempuan?”. Dalam lubuk hati juga, mungkin pernah tertanya-tanya, “Kenapa lelaki tiba-tiba mendiamkan diri?”.
Cemburu mungkin? Atau adakah dia sudah berubah? Maka akan ada persoalan baru, “Kenapa lelaki cemburu? Kenapa lelaki berubah?”
Macam-macam.
Kajian tentang lelaki
Terdapat banyak kajian telah menunjukkan bahawa wanita mengukur nilai dan harga diri melalui hubungan interpersonal mereka, baik sesama keluarga, rakan atau pasangan.
Sebaliknya, lelaki pula mengukur pencapaian dan nilai diri mereka berdasarkan keupayaan untuk memberi impak kepada keadaan sekeliling, sebagai contoh pencapaian di tempat kerja mereka – hmm, berbeza bukan?
Oprah kata, sifat lelaki juga, mereka cuma mendengar apa yang penting sahaja. Dia akan tapis apa-apa yang tidak penting. Namun sekali perempuan kata tak bertanggungjawab, dia akan ingat perkataan itu.
Kenapa lelaki ego?
Namun jangan risau, kerana kami akan menyingkap serba sedikit rahsia yang pasti akan membantu anda para wanita untuk lebih memahami pasangan anda.
Jadi, sebelum anda nak start fikir hal-hal yang negatif tu, apa kata anda baca dulu antara sebab-sebab kenapa lelaki jarang mesej pasangannya.
Jangan asyik nak fikir negatif sahaja!
Tak kena masa
Usah pening-pening memikirkan mengapa si dia jarang sangat membalas mesej anda, kerana ia boleh jadi ianya disebabkan mesej-mesej anda dihantar pada masa yang salah!
Mana tahu mungkin si dia sedang mengerjakan sesuatu tugasan kerja yang penting, kerana antara salah satu sebab yang paling utama lelaki jarang mesej adalah kesibukkan harian.
Walaupun anda adalah insan yang paling istimewa dalam hidupnya, namun harus diingat yang si dia juga mempunyai keutamaan yang lain ya. Jadi, sebelum anda (para wanita) bersedih dek kerana si dia tidak membalas mesej, apa kata anda mula mengambil tahu bilakah waktu yang terbaik untuk menghubungi sang kekasih hati.
Jangan anggap dia tiba-tiba membenci anda hanya kerana tidak mesej. Siapa tahu si dia mungkin sedang sibuk merencanakan surprise untuk anda. Ada banyak tanda yang mana lelaki sayang perempuan, cuba kadang-kadang tak dapat tangkap maksud dia.
Lelaki ego tidak suka berbalas-balas mesej
Kenapa lelaki ego hanya sebab Whatsapp? Orang perempuan pasti tahu, lelaki jarang mesej. Ada kalanya, lelaki lambat sangat balas mesej. Jika balas pun, pendek sangat.
Banyak sudah perhubungan yang terkandas dek kerana sifat lelaki yang satu ini!
Kaum hawa selalunya menganggap ketidakkerapan lelaki membalas mesej adalah disebabkan si dia telah kehilangan minat atau tidak peduli pada pasangan, dan lebih parah lagi mereka akan beranggapan sang lelaki telah berjumpa dengan orang baru!
Gara-gara sikap jarang mesej inilah sang lelaki acap kali disalah erti oleh wanita, justeru tidak hairanlah jika dalam sesetengah kes ada di antara mereka yang hilang sabar lalu ‘menyerang’ sang lelaki dan menuntut penjelasan untuk setiap mesej yang tidak di balasnya.
Akan tetapi, kaum hawa janganlah mengukur kerapatan sesuatu perhubungan dan tanda kasih sayang si dia dengan jumlah teks yang anda terima saban hari atau dengan seberapa kerap si dia menghantar mesej kepada anda.
Sebaliknya, ukurlah keutuhan hubungan kalian dengan kualiti waktu yang dihabiskan bersama-sama.Cuba bayangkan, jika anda menghabiskan sepanjang hari berbalas mesej dengan si dia, namun kandungan perbualan kalian sekadar terhad kepada topik remeh, tentu sekali anda tetap tidak berasa gembira dan akan beranggapan komunikasi kalian itu tidak membawa apa-apa makna, bukan?
Menganggu konsentrasi
Tahukah anda yang kebanyakan lelaki beranggapan aktiviti berbalas-balas mesej sebagai sesuatu yang boleh menganggu fokus?
Tidak dinafikan, di awal-awal perkenalan, si dia mempunyai keinginan yang besar untuk selalu berhubungan dengan anda, dan kerap menghantar mesej semata-mata untuk memenangi hati anda.
Namun, lama-kelamaan apabila hubungan kalian sudah lebih kukuh, anda pasti menyedari yang kekerapan si dia menghantar mesej sudah berkurangan dan fokusnya juga seakan telah beralih kepada perkara lain seperti hal kerjaya dan hal-hal lainnya.
Jadi wahai wanita, fahamilah sekiranya pasangan anda jarang mesej, itu bermakna si dia sedang 100% fokus dengan apa yang dilakukannya, dan bukan kerana anda tidak lagi istimewa di matanya!
Hakikatnya, ia bukanlah sesuatu yang negatif jika sang lelaki tidak menghantar seberapa banyak atau seberapa kerap mesej kepada pasangannya.
Ia hanya bermaksud, si dia sedang memberi tumpuan kepada sesuatu perkara sahaja, dan umum diketahui bahawa kebanyakan lelaki mempunyai kesukaran untuk multitasking!
Jadi, selalunya bila sudah lapang, barulah si dia akan buka satu persatu mesej anda dan membalasnya, namun malangnya pada masa itu sang wanita selalunya sudah bersiap sedia nak lancarkan perang (oops!) gara-gara berkecil hati dengan si dia!
Janganlah hanya sebab merajuk lelaki tak balas mesej, maka ini menjadi sebab perempuan cepat bosan dengan lelaki pula. Ingat, lelaki pun pun pandai merajuk.
Gemar berkomunikasi melalui tindakan daripada kata-kata
“Saya tidak memahami pasangan saya, si dia selalu menyatakan bahawa saya adalah insan yang paling disayanginya namun hakikatnya si dia jarang sekali meluangkan masa untuk bercakap di telefon atau menghantar mesej kepada saya” adalah antara ayat-ayat yang biasa kita dengar daripada kaum hawa.
Hmm, sayang anda, tapi jarang mesej pula…kenapa ya? Secara amnya, umum diketahui, lelaki memang kurang pandai bermain dengan kata-kata, sebaliknya mereka lebih selesa menunjukkan perasaan melalui tindakan.
Jadi, kepada kaum hawa.. Prihatinlah kepada keadaan pasangan anda kerana mungkin sahaja si dia menunjukkan perasaannya dengan cara melakukan perkara-perkara seperti menolong anda memasak, mengemas laman rumah atau apa-apa sahaja yang boleh membantu menjadikan persekitaran anda lebih baik.
Ingat kaum hawa, kasih sayang tak semestinya disalurkan melalui kata-kata sahaja ya!
Banyak lagi benda nak fikir
Sifat orang lelaki, memang begini. Kalau perkara-perkara kecil tentang hati dan perasaan (walaupun ini perkara besar), dia malas nak layan sangat.
Orang perempuan pula, janganlah ingat bila lelaki bersifat begini, dia lelaki curang pula.
Kadang-kadang dia mahukan masa sendiri dan buat sungguh-sungguh dengan apa yang sedang dia lakukan. Balas mesej, dia perlu hati-hati. Itu yang buat kadang-kadang dia stress dan buatkan lelaki diam membisu.
Lelaki ego tapi sayang
Selalu berlaku sebegini dalam rumah tangga. Lelaki ego tapi dia masih lagi menjalankan tanggungjawab. Cuma tidak bertegur sapa.
Nasihat kami, biarlah sementara dia dengan egonya. Tidak lama.
Kelemahan lelaki ego
Setiap orang ada kelemahan masing-masing. Lelaki ego pula akan lemah bila si perempuan melayan ibu bapa dan keluarganya dengan baik sekali. Ego macam mana sekalipun, dia tidak boleh tidak, akan menghargai perempuan sebegitu.
Lelaki ego akan menyesal
Kalau kita sebagai seorang perempuan sudah melakukan yang terbaik, bertawakkallah. Jika dia selesa dan kembali seperti dulu, syukur. Jika tidak, biarlah dia dengan ego dia. Pasti, lelaki ego akan menyesal satu hari nanti.
Akhir kalam
Di zaman teknologi ini, dengan kewujudan WhatsApp dan blue tick, jarang menghantar mesej atau lambat membalas mesej kepada pasangan pun boleh menjadi isu besar dalam perhubungan. Pasti ada sebab kenapa lelaki lambat balas mesej.
Namun, nasihat kami kepada para wanita, janganlah terus berserkap jarang ya dan beranggapan negatif apabila si dia jarang atau tidak membalas mesej anda. Bukan bermakna dia ego.
Mana tahu, jika si dia terlepas pandang mesej daripada anda dek kerana kesibukkan bekerja. Buat para lelaki pula, beritahulah kepada pasangan jika anda tidak gemar berhubungan melalui mesej, kerana komunikasi amatlah penting supaya tidaklah si dia salah faham dan menyebabkan perhubungan kalian berakhir dengan pertelingkahan pula.
Jika sebelum ini tertanya-tanya kenapa lelaki ego, kini anda sudah tahu jawapannya.
Nasihat akhir kami, berkawan biarlah sampai ke jinjang pelamin. Tengok elok-elok, cari ciri suami yang baik. Namun, jika sudah bekahwin dan lelaki masih lagi ego dengan dia, banyak-banyak bersabar. Kena pandai dan tahu kenapa lelaki merajuk. Bukan hanya main tuduh-tuduh.
Pasti akan ada manisnya nanti. Ingatlah, lelaki yang baik tidak akan menyentuh pasangannya sebelum berkahwin.
Semoga bermanfaat.
6 Comments
Terima kasih atas perkongsian… Sebanyak² artikel, inilah yang betul² menyedarkan saya… Dan barulah saya faham kenapa lelaki macam tu.. Dulu,hubungan pernah terkandas gara² saya tidak faham sikap lelaki.. Sekarang barulah saya tahu.. Sangat bermanfaat..tq skli lg. Dan apa yang d tulis dekat sini, sangat serupa dengan apa yang saya rasa.
Okay saya nak tnya ? Saya mempunyai bf , diaa merajuk dah smpai 4 hari . Diaa tak chat and call saya . Klau saya call malam diaa rejcet call saya . Chat kkdg diaa baca kat notifications dan bluetick? Apkah perlu saya buat ?
Ego 1 bnde yg wajib atau mmg ade dan mesti ade dlm Jiwa Lelaki. cumeny major or miner..Ego bkn semua negatif,tp yela bunyi pn dh negatif knn.mcm petai, bau mmg busuk tp korg duk mkn jugak..Ego memegang prinsip ketegasan bg sorg lelaki.n Ego wanita adalah negatif.. 😏
buat bodo jee… lantak dia la xmsg x call.. 😅
Xtau samada patut biarkn dh 2wks x call.n msg .. kerana terasa kecewa n sedih tndkannya dn dia pun xmnta maaf atas tndkan yg buat kita terasa hati..
Dh byk kali trjadi.. walau kwin dh lama.. sabar je selama ni..😢
Apa yg patut sya lakukn..
Binggung…
sya Ada bf ,Tapi tk prnah Gaduh Pastu Ada satu hari tuh sya terasa hati dgn dia , tpi malang nya pulk , dia Pun sama Terasa hati dgn sya ,dah Tuh
mintaa Maaf sama2 , last2 Dia pergi Tinggalkn Sya Bgtu saja ,..sya hairan D mna Silap sya smpaI snggup pilih jalan Tuk pergi ? 😭 Sya Cuba Tuk Prtahankn TapI sya Dh Thu Mcm Mna , nak Buat dia Kembali dgn Sya ? Dia Dah Blok Saya , sya Call Pun dh Tak Anggap , rasa Tkut sngt kehilangan , mohon pnjelasan admin ?