Close Menu
Intim.my
    Terkini

    Cara Buat Suami Rindu

    Cara Approach Lelaki

    30 Contoh Ayat Pickup Lines Melayu

    Facebook X (Twitter) Instagram
    Intim.my
    • Home
    • Marriage & Intimacy
    • Relationship
    • About Us
    • Contact Us
    Facebook X (Twitter) Instagram
    Intim.my
    You are at:Home / Relationship
    Relationship

    Kenapa Lelaki Mendiamkan Diri Secara Tiba-tiba?

    Hana FizaBy Hana FizaMarch 7, 20223 Comments5 Mins Read
    Facebook WhatsApp
    Kenapa lelaki mendiamkan diri

    Pelik juga. Semalam baik, tiba-tiba hari ini dia diam membisu. Yang si perempuan tertanya-tanya, kenapa lelaki mendiamkan diri tanpa apa-apa tanda. Tanpa apa-apa punca. Tanpa apa-apa sebab.

    Dia punya diam seribu bahasa, hanya pandang dengan lirikan mata sahaja. Memang ngeri. Kejam sungguh.

    Si isteri akan terpinga-pinga, dah kenapa dengan suami aku?

    Berapa lama tempoh si suami akan mendiamkan diri? Apakah punca nya? Apa maksudnya bila dia tidak mahu menyapa?

    Mengapa semua ini berlaku.

    Otak si isteri tak akan berhenti untuk mencari jawapan apabila lelaki mendiamkan diri.

    Lelaki diam sebab ego?

    Itu pendapat orang perempuan yang judgemental sahaja. Sebenarnya, wahai isteri, isunya bukan setakat itu sahaja. Bukan hanya kerana ego semata-mata. Ada banyak lagi sebab lelaki mendiamkan diri.

    Kenapa lelaki mendiamkan diri?

    Selain lelaki diam bila ada masalah, mari kita telusuri apa lagi antara sebab perkara misteri ini berlaku.

     

    1. Lelaki memang jenis tak banyak cakap

    Artikel dari PsychologyToday mengatakan bahawa lelaki beranggapan bahawa banyak cakap itu menggambarkan yang ia tidak maskulin.

    Senang cerita, nampak tak macho.

    Itu sebab dia tak banyak cakap. Bila tak banyak cakap, maka dia memilih untuk diam sahaja.
    Cuma orang perempuan tak biasa. Macam pelik pula.

     

    2. Lelaki diam bila ada masalah

    Seperti artikel sebelum ini, lelaki memang tidak mahu menyusahkan pasangan, yang akan buat diri dia lagi kacau bilau. Tahulah sifat perempuan. Bila si lelaki ada masalah, dia seboleh-bolehnya mahu bantu.

    Cuma si lelaki ini mahukan ruang untuk berfikir sendiri. Dia mahu jadi hero pada diri sendiri, untuk menyelesaikan masalah sendiri.

    Bukan dia tidak menghargai pertolongan dari si perempuan tadi. Sekadar mahu selesaikan sendiri tanpa menyusahkan sesiapa.

     

    3. Lelaki mendiamkan diri bila tak cukup duit

    Ini pun salah satu masalah. Bayangkan kalau si lelaki beritahu pasangan, yang dia ada masalah kewangan. Boleh bayangkan apa yang akan berlaku.

    Mulalah si perempuan itu menggelabah.

    Si lelaki maintain selamba.

     

    4. Lelaki diam bila marah

    Ini antara sebab kenapa lelaki diam membisu. Dia marah dengan perangai pasangan, tetapi tidak mahu meluahkan rasa marah. Lebih rela simpan dalam hati.

    Dari luar nampak tenang sahaja air muka. Marah memang marah. Cuma dia pandai kawal supaya tak keluar perangai amarah sebenar yang dikuasai syaitan.

    Katanya, biarlah simpan dalam hati,  lama-lama akan hilang juga.

    Tapi entah bila agaknya.

    Untung dapat pasangan yang begini.

     

    5. Lelaki mendiamkan diri bila bergaduh

    Bergaduh tak semestinya marah. Marah tak semestinya kena angkat suara tinggi.

    Ikutlah siapa yang salah, selalunya si lelaki akan beralah. Mungkin ada juga yang jenis angkat tangan pada pasangan, tetapi rasanya tidaklah ramai.

    Kebanyakan lelaki akan ambil pendekatan untuk dia bila bergaduh sebab mahu menangkan pasangannya.

    Biarlah pasangan kata dia apa sekalipun, dia redha.

     

    6. Lelaki diam sebab tak mahu sakitkan hati perempuan

    Lebih baik diam. Kalau buka mulut, takut si perempuan terasa sakit hati.

    Ada bagusnya pendekatan begini.

    Cuma ia tetap tak akan selesaikan masalah yang timbul antara mereka berdua.

     

    7. Lelaki bila diam, akan ambil masa lama

    Tidak seperti orang perempuan yang cepat move-on, lelaki ambil masa yang agak lama untuk dia memproses apa yang ada dalam otak dia.

    Kenapa lelaki memilih untuk diam. Itu tandanya dia mahu masa, bukannya dia jenis lelaki ego. Jadi, berikan dia masa. Lelaki jarang mesej, bukan bermakna dia tak peduli.

    Biarlah. Lama-lama akan baik semula.

     

    8. Lelaki diam bila ditanya

    Jangalah terlalu mengasak si lelaki dengan pelbagai persoalan. Dia rimas. Rimas bila asyik tanya dia macam-macam. Sebab itu, ada situasi si lelaki akan ignore pasangannya.

    Bila dijawab, makin teruk lagi diasak.

    Untuk pengetahuan, lelaki curang biasanya tidak mendiamkan diri. Dia akan lebih tunjukkan kasih sayang pada pasangan.

    Pokoknya di sini, jangan tuduh lelaki macam-macam.

     

    9. Lelaki mendiamkan diri bila cemburu

    Ini adalah tanda kasih dan sayang dia. Tidak mahu bertindak melulu, maka dia ambil jalan mudah untuk mendiamkan diri.

    Sebenarnya, dia tunggu penjelasan dari pasangan, kenapa dia berbuat sesuatu yang boleh menyakitkan hati dia.

    Sesuatu yang buatkan diri cemburu.

    Cuma, cemburu sesekali bolehlah. Nampak comel.

    Bila selalu sangat, geli.

    Natijahnya, bila sudah menjadi seorang isteri, janganlah sesekali buat suami cemburu. Jauhilah perhubungan dengan lelaki lain, dan fokus pada suami sahaja.

     

    10. Lelaki diam bila merajuk

    Lebih kurang sama dengan merajuk bila cemburu. Cuma ada lelaki yang cemburu tapi dia tak merajuk.

    Sekali lagi, merajuk sesekali bolehlah. Nampak comel.

    Bila selalu sangat, rasa nak termuntah pula.

     

    Berdiam diri tak akan menyelesaikan masalah

    Jika ada perkara yang membelenggu kedua-dua belah pihak lelaki dan perempuan, juga suami dan isteri, berkomunikasilah antara satu sama lain.

    Wahai lelaki, mungkin berdiam diri itu satu escapism untuk anda. Sebaliknya, ia adalah misteri bagi wanita. Dia akan rasa terpinga-pinga. Bagaikan perkara ini masih tergantung.

    Bahaya jika pendamkan lama-lama. Takut jadi lebih teruk dan tidak boleh dikawal. Lebih membimbangkan, akan melakukan sesuatu yang gila dan di luar kawalan.

     

    Akhir kalam

    Kini anda sudah tahu sebab kenapa lelaki diam membisu. Mungkin dia marah, mungkin dia diam sebab tak mahu panjang-panjangkan cerita bila bergaduh.

    Untuk si perempuan, jangan cepat bosan dengan lelaki begini.

    Diharapkan agar perkongsian tentang kenapa lelaki mendiamkan diri ini dapat memberi orang perempuan serba sedikit idea, kenapa ini berlaku.

    Jangan makan hati, nanti merana diri.

    Semoga bermanfaat.

    Hana Fiza

    Related Posts

    Cara Approach Lelaki

    By Hana FizaNovember 20, 2024

    10 Topik Borak Dengan Perempuan

    By Hana FizaNovember 19, 2024

    14 Tanda Lelaki Suka Kita Tapi Malu

    By Hana FizaNovember 19, 2024

    10 Tanda Seseorang Minat Kita Dalam Diam

    By Hana FizaNovember 19, 2024
    View 3 Comments

    3 Comments

    1. Farisnation on June 13, 2020 7:47 am

      Kenpa bila seorang suka berdiam diri

      Reply
    2. Nurlaila shahira on July 27, 2021 4:55 pm

      Tapi bile Saye wassap dia2 x balas seen pon x

      Reply
    3. N on June 21, 2022 4:45 pm

      Apa tanda kalau lelaki cakap dia dah tak sayangkan kita tapi still ikot kemahuan kita lagi. Contoh kalau kita ajak keluar keluar teman. Even pergi taman pon, dia masih lagi ikot je apa yang kita inginkan. Tapi bila di soal tentang hati dia, dia terus dingin macam yang dia betul2 tak sayangkan kita. Kata takde hati dah nak fix relationship ni. Malas nak serabutkan kepala lah. Adakah dia buat atas kedian atau disebaliknya??

      Reply
    Leave A Reply Cancel Reply

    Trending

    10 Cara Pujuk Perempuan

    By Hana FizaNovember 17, 2024

    Kenapa Suami Mencari Wanita Lain

    By Hana FizaNovember 16, 2024

    10 Tanda Pasangan Dah Tak Sayang Kita

    By Hana FizaNovember 15, 2024
    Pilihan Editor

    Kenapa Suami Cemburu Berlebihan

    By Hana FizaNovember 5, 2024

    Suami yang cemburu berlebihan mengalami perasaan curiga, tidak selamat dan tidak percaya yang melampau terhadap…

    Kenapa Suami Tak Beri Nafkah Batin

    November 4, 2024

    Tips Banyak Air Ketika Bersama Suami

    November 3, 2024

    Perasaan Lelaki Apabila Disentuh

    November 2, 2024
    About Us
    About Us

    Your source for the intimacy, husband and wife tips and relationship.

    Email Us: [email protected]

    Latest

    Cara Buat Suami Rindu

    November 20, 2024

    Cara Approach Lelaki

    November 20, 2024

    30 Contoh Ayat Pickup Lines Melayu

    November 19, 2024

    10 Topik Borak Dengan Perempuan

    November 19, 2024

    Kisah Suami Isteri Baru Berkahwin

    November 19, 2024
    Intim.my
    Facebook Instagram TikTok
    • Home
    • Marriage & Intimacy
    • Relationship
    • About Us
    • Contact Us
    © 2025 Intim.my

    Type above and press Enter to search. Press Esc to cancel.